Wednesday, March 16, 2011

mengapa bersedih?



sudah lumrah manusia akan merasakan kesedihan dalam hidup...
sedih sebab kurang upaya, sedih sebab tidak cantik, sedih sebab tidak pandai, sedih kerana tidak mengecapi hidup seperti insan lain dan pelbagai jenis kesedihan yang kadang2 tidak terungkai akal manusia sendiri...

kebiasaannya kita lebih cenderung untuk mendiamkan diri dan tertanya2 kenapa semuanya terjadi... kesedihan yang kita bawa kadang2 tidak dapat dikawal dan membentuk suatu jenis prasaan negatif dan meletakkannya di bahu sendiri dan ada yang lebih parah dengan mengambil tindakan yang bercanggah dengan apa yang dipelajari dalam kesyumulan Islam... seolah2 Allah membiarkan hambanya diselubungi dengan kesedihan....

kita sepatutnya menjadikan kesedihan yang datang sebagai asas dalam pembinaan diri yang lebih kuat dan iman yang lebih jitu... bebanan yang kadang2 singgah itu sebenarnya dugaan Allah keatas hambanya dan kita perlu realistik berhadapan dengan lumrah kehidupan ini... hidup tidak selalunya indah dan kehidupan di dunia ini persinggahan sementara dalam perjalanan ke arah kehidupan abadi di akhirat kelak... manfaatkannya sebaik mungkin.... peringatan untuk diri ini juga yang selalu alpa.... salam ukhwah....

Tuesday, March 1, 2011

mencari Keredhaan.....

ermm.. rasanya dah banyak kali kita lihat ibu bapa menangis kerana kita... kerana kita melanggar perintah.. kerana hendak melihat kita berjaya dan segala galanya... air mata mereka menunjukkan bahawa mereka mahukan yang terbaik untuk kita.. kenapa saya suka menekankan akan pengorbanan ibu bapa? kerana apa? kerana merekalah kita masih berada disini... berpijak di bumi Allah dan menjadi umat islam yang bersyukur dan sentiasa mencari keredhaannya... DAN JANGAN SESEKALI MENSIA SIAKAN DOA DAN AIR MATA MEREKA!! ...... 



kalau boleh.. siapa yang dah lama tak telefon rumah tu... telefon lah sekarang... mereka menantikan perhatian dan kasih sayang anda semua... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...