Friday, February 25, 2011

Terima Kasih Sahabat!




"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
 (Imam Al-Ghazali)

A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are."

berjauhan dengan keluarga sememangnya memberikan pengalaman yang baru dalam satu lagi fasa kehidupan yang perlu ditempuh. Pada waktu inilah sahabat perlu dalam menghulurkan salam ukhwah kerana ia akan mencorakkan batas kehidupan sosial sedikit sbanyak dalam kehidupan kita. Perlunya pandai dalam memilih rakan dan membimbing serta dibimbing amatlah digalakkan dalam pencarian ilmu yang tiada noktahnya ini. Terima kasih sahabat kerana menerima diri ini seadanya... terima kasih sahabat kerana menegur akan kesilapan diri ini.... terima kasih sahabat kerana memaafkan kesalahan yang dilakukan dan terima kasih sahabat kerana menjadi sahabatku.. Terima kasih Ya Allah kerana aku dipertemukan dengan sahabat sejati.. aku bersyukur kepadamu...



Antara dua cinta yang ingin dimiliki,
cinta insani dan cinta ILAHI ?
pasti yang utama cinta ILAHI
kerana cintaNYA yang HAKIKI

antara dua insan yang ingin dimiliki,
kekasih hati dan sahabat sejati,
pasti yang utama SAHABAT sejati
kerana setianya sukar ditemui


untukmu sahabat..........



Mencari seorang SAHABAT bagaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak berduri...Bersedia untuk dilukai,jangan mengalah untuk terus mencari...Andai sudah kau temui sayangilah ia sepenuh hati...

Sunday, February 20, 2011

aku terima dan aku tolak



termenung sejenak memikirkan permasalahan yang kunjung tiba...
kadang-kadang terasa berat hati ini menanggung masa hadapan yang bakal menjelma.....
tidak pernah kuminta akan apa yang terjadi dan bagaimana perasaan ini seolah-olah menyelimuti diri ini...
mungkin apa yang cuba ditahan gejolak hati ini adalah dugaan kepada hamba yang lemah...
cuba untuk meminta kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang...
hanya doa berterusan ku hamparkan dalam kehidupan persinggahan sebentar di bumi mu ini...
aku terima dugaan yang diberikan dan aku cuba sedaya upaya menolak anasir ini dari membelenggu diri ini...
......................doa dan harapan................................

Friday, February 18, 2011

yang tersembunyi


ketaksuban pengiat filem sekarang dalam memaparkan cerita berunsur mistik dan "hantu"  adalah perkara yang biasa dalam melariskan filem2 mereka kerana permintaan dari masyarakat yang tinggi..... namun atas dasar masyarakat itu sendiri untuk perlunya mereka tidak terlalu taksub dalam genre "hantu" yang begitu sinonim dalam masyarakat kita.. sesungguhnya ada hikmah dalam sesuatu kejadian dan perlunya kita tidak tertipu dalam tipu daya syaitan yang sememangnya ingin menyesatkan umat Islam... 

amaran: kepada yang lemah semangat disarankan untuk tidak menonton video ini...





header baru!!

ehem2.. asalamualaikum.. ade prasan header baru tak?.. jutaan terima kasih kepada sahabat saya kerana sanggup melukis header baru saya... bakat yang anda miliki adalah anugerah yang berharga... :).. kalau anda nak menempah atau memerlukan khidmat lukisan dari sahabat saya ini.. anda bolehlah menghubungi di facebook beliau  http://www.facebook.com/profile.php?id=100001240007791 .. :)

Thursday, February 17, 2011

sekitar sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak 2011

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi saya diberi kesempatan untuk sama2 menyambut sambutan maulidur rasul tahun ini. walaupun hujan lebat mengiringi di awal majlis ini, namun atas keberkatan hari mulia ini hujan tidak berpanjangan. semangat yang ditunjukkan sangat memberikan makna.























namun agak mengecewakan apabila diakhir majlis terdapat sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung dan peserta perarakan... anda nilaikan lah sendiri................






Sunday, February 13, 2011

Sabar itu Indah



                       

 "If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow"


kita sering mendengar ungkapan "sabar" diwaktu kita gagal, semasa kita sedih, dan waktu kita putus harapan.. kata-kata semangat yang dilemparkan walaupun tidak banyak mampu meredupkan hati yang resah diwaktu itu... mungkin ada yang beranggapan bahawa kata-kata sangat senang dilafazkan akan tetapi orang yang menanggungnya sahaja yang akan memahami.. tetapi, percayalah.... kesabaran yang terbit dihati kita adalah kunci dalam membuka pertolongan Allah.

fitnah, cacian, amarah, kesakitan semuanya merupakan antara dugaan yang sering melanda diri kita dalam berpijak di bumi Allah ini. percayalah.. rasa tidak senang atau kesakitan yang kita alami akan dapat diselindungkan dengan berkat kesabaran ... mungkin tidak hari ini atau esok ia akan membuahkan mutiara.. akan tetapi diri kita yang akan menikmati kemanisan kesabaran itu.. percayalah.. anda tidak keseorangan didunia ini... kuatkan hati dan tabahkan diri.. dengan senyuman kita mampu menongkat kesabaran dan dengan haapan dan doa.. kita mampu menghapus permasalahan kita InsyAllah....

 semoga kita mampu menempuh hari-hari mendatang dengan berkat kesabaran

Saturday, February 12, 2011

gula? tolonglah kurangkan..

kek, coklat, air bkarbonat dan semua yang manis2 ni sememangnye menjadi kegemaran masyarakat kita. dari yang kecik sampai la yang besar.. kemanisan memang tidak boleh dipisahkan dalam corak pemakanan orang2 kita. gula sebenarnya merupakan racun yang bertindak secara perlahan dalam melumpuhkan sistem imun dan regenerasi badan kita. kebiasaanya pengambilan gula yang berlebihan akan memberi impak kemudian hari dan nak tau apa yang boleh jadi?.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


















kalau dah jadi macam gambar diatas... dah tak guna rasanye nak menyesal.. pergerakan kita terbatas dan nak beribadah pun terpaksa menahan sakit untuk bergerak.. jadi.. anda nak jadi macam tu? nak?.. salam ukhwah.

Thursday, February 10, 2011

Teater dan pentas lakonan



"dunia ni ibarat sebuah pentas lakonan dan kitalah yang menjadi pelakonnye".

macam tu la ayat dan frasa yang kita selalu dengar. jadi... setujukah anda dengan ayat kat atas tu? betul ke kita nih pelakon? .seolah olah kita semua ni bermuka muka dan hipokrit selama kita berpijak dan menyedut rahmat tuhan di dunia nih. tetapi sebenarnya jika difikirkan sedalam dalamnya.. tak semua yang kita rasakan sejujurnya boleh kita luahkan sesuka hati.. kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak.. kadang2 jika kita tidak suka akan perbuatan dan tingkah laku seseorang tu, kita tak boleh nak cakap terus yang kite tak suka dan benci akan si dia.. jikalau andalah yang terkena, mesti terus sentap kan?. jadi kita hidup muafakat nih mesti berbudi dengan menghormati prinsip dan pegangan orang lain. kalau la da teruk bebenor tu eloklah nasihat. bukan apa, kenapa kita nak benci dan tak suka akan orang lain, tau ke kita berapa ramai yang tak suka kita?. jadi menjadi pendorong dan pembimbing tu lebih baik dari menjadi pembenci. tapi berpada pada lah ye.. takot ade yang naik menyampah.. yang PENTING............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................kita ikhlas.............................................................................................. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...