Friday, August 12, 2011

writing to the wind

Back at my secondary school life..
my principle once said...

"people make a mistake, but a bloody fool always fall in the same mistake"

at that time a word that shouted from an elder is consider fixed.. fullstop..
cant against them more.. so i take the whole lecture and slightly try to digest it..

but... different people have different thought... variety is always consider in human life..
we cant face the life if we cant take the risk..

the norm of society is to respect what others may think and their act only if it not affect your beliefs and the public...

so?? what wrong with falling down if you still can stand back and walk again...
i bet if you see the sky after falling down you will know...

the sky is stretching limitlessly and its a HOPE!!
Allah will always with a people who doesn't know a meaning of failure..

so lets craving for more 'usaha, doa and tawakal'
a true successor is when they can bounce back after being condemns by a bunch of uncivilized morons ..
i bet they will 'terbeliak' and 'ternganga' to see you reaching to the top... :)

little diary of my heart for the night..... tears cant be the solution...
but i cant stop them from accompany me.. T.T .. so i write to the wind to blow off  this smelly feeling..

life must go on Hanif...

Thursday, August 11, 2011

Di Persimpangan Syahadah -part 1-




Jam sudah menunjukkan tepat pukul  4 pagi, hajah kalsom masih belum boleh melelapkan matanya. Ada garis kegusaran yang kelihatan dari riak mukanya, seolah-olah wanita pertengahan usia itu menyimpan seribu satu persoalan yang belum terungkai. Sambil berbaring di atas katilnya yang beralaskan cadar lusuh, hajah kalsom memandang kosong ke atas bumbung rumahnya yang tidak bersyiling dan sudah sedikit berlubang-lubang, hatinya masih tidak keruan mengenangkan kejadian di kala maghrib sebentar tadi. Kalaulah suaminya haji Esa masih ada, tentunya dia dapat mengurangkan rasa kegusaran yang bersarang di hatinya kala ini........ Dari kejauhan, sayup-sayup kedengaran suara bilal kampong melaungkan Azan menandakan masuknya waktu subuh, hajah kalsom tersentak dari lamunan dan terus beristigfar. Dia tidak menyangka krisauan di hatinya waktu ini berpanjangan sehingga masuk waktu subuh. Hajah kalsom terus bangkit dari kamar tidurnya dan menuju ke belakang rumah usang peninggalan arwah ayahnya dimana disitu terletaknya perigi tua tempat dia dan anaknya mendapatkan sumber air. Selesai mengambil wudhuk hajah kalsom terus masuk ke dalam rumahnya dan menuju ke bilik tidur Azwan, satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Dia menguak sedikit pintu bilik tidur anaknya dan pintu itu berkriut apabila ia bergesel dengan engselnya. Kelihatan sesusuk tubuh dalam samar cahaya subuh sedang mengerjakan solat. Hajah kalsom tersenyum sambil menutup pintu bilik anak kesayanganya dan terus bergegas untuk menunaikan kewajiban kepada Maha Esa.......
Kedengaran riuh rendah di kampong semaloi semakin terasa menandakan mentari sudah mula merembeskan lembayung cahayanya. Dengan bersuluhkan lampu gasoline, Azwan menyikat rambutnya di hadapan cermin sompek yang tergeletak di atas meja belajarnya. Masih terasa dingin hatinya di kala ini, seakan dinginya suhu di pagi hari. Dia mencapai beg sekolahnya dan terus ke bangsal buruk yang terletak bersebelahan rumahnya. Asalnya bangsal itu merupakan reban itik, namun setelah kematian ayahnya, ia terbiar dijadikan tempat menyimpan satu-satunya harta ayahnya haji esa iaitu sebuah motor Honda model lama yang kelihatan agak lusuh. Sebelum sempat azwan bergerak ke sekolah, ibunya hajah kalsom keluar memanggil namanya. “Wan, kenapa wan keluar macam tu je?, ibu dah buat kopi panas dengan jemput-jemput kegemaran wan macam selalu tu. Nanti lapar pulak kat sekolah”. Kedengaran suara hajah kalsom agak merintih. Azwan mengait tongkat dan menolak motornya perlahan-lahan membelakangi ibunya seolah-olah tidak menghiraukan susuk tubuh yang semakin dimamah usia itu. Hajah kalsom mula terasa hati, perkara yang paling tidak diingininya seakan mula mengambil tempat. Dengan suara yang agak beremosi hajah kalsom cuba memujuk anak lelakinya  “Wan, wan marah kat ibu ye?.. ibu mintak maaf wan, ibu bukan sengaja nak merahsiakan perkara ni dari wan. Wan kena faham, tak kira wan anak angkat atau anak kandung, ibu terlalu sayang kat wan. Wan lah tinggal satu-satunya tempat ibu mencurah kasih, ibu dah takda siapa-siapa lagi wan, ibu tak sanggup kehilangan wan, wan jangan marah dekat ibu, ibu sayang kat wan, ibu, ibu..” suara wanita pertengahan usia itu tersekat-sekat dan tanpa dia sedar benih-benih air mata sudah jatuh membasahi pipinya, tangan yang sudah menampakkan garis-garis tua itu pantas menyapu air mata yang berguguran namun ia tidak dapt membendung genangan yang semakin pantas mengalirkan air mata yang jernih..  Azwan menunggang motornya dan dengan sekali “start” enjin motor lusuh itu mula menderu, memecahkan kebeningan yang tercipta. Tanpa menoleh kearah raut wajah ibunya, azman bersuara “kau bukan ibu aku” dan dia terus bergerak menuju ke sekolah. Hajah kalsom jatuh terjelepok ke atas tanah merah yang masih lembab dibasahi embun pagi sebaik mendengar kata-kata azman. Hati ibu tua itu sudah sedia pedih dan sekarang seolah-olah hatinya bertambah pedih ditabur kaca oleh anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Hajah kalsom menangis semahu-mahunya bersama angin semilir pagi sehingga azman sudah tidak kelihatan lagi di hadapanya.. begitu remuk hatinya, namun dia gagahi dirinya untuk mengembalikan kepercayaan azman kepada dirinya.... >>bersambung<<

Wednesday, August 10, 2011

ringkas pnuh iktibar dan sempoi...

Assalamualaikum.. malam-malam ni tak boleh nak tidur pulak..huhu.. alamatnya esok nanti matahari atas kepala la baru tersedar, tak pun kena flying kick siap-siap dengan bonda tercinta akibat berhibernasi di siang hari.. huhu.. esok pulak ada ambik tender mengecat rumah ke rumah... doa-doakan la tak jadi apa-apa esok.. huhu..

disebabkan tak boleh nak tidur, saya cuba mengambil kesempatan (jangan amik kesempatan ngan orang lain dah la) blogwalking meninjau-ninjau blog-blog sahabat. dan... jeng3.. ada satu blog nih telah berjaya menarik perhatian saya... cara penulisan dia membuatkan saya tertarik dan blog ni penuh dengan iktibar.. kebiasaanya penulisan tentang nasihat dan berbentuk keagamaan akan ditulis secara serius tetapi "content" dalam blog ni tidak membosankan, sempoi, sesuai dengan gaya seorang remaja masa kini dan di rekemen untuk dibaca khusus oleh anak muda zaman sekarang yang terlalu mengikut budaya hedonisme (termasuk lah saya :(.. )... semoga beroleh manfaat bersama.. salam ukhwah ^^


>>>>>>http://www.tazkirahamar.blogspot.com/<<<<<<<<
boleh klik link di atas untuk ke blog milik saudara Muammar Qadafi.. ^^

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan di bumi Somalia

Ramadhan tiba lagi. bulan mulia dan penuh keberkatan bagi umat Islam. disamping mengerjakan ibadah berlipat kali ganda di bulan ramadhan ini.. jika kita lihat di negara kita sendiri Malaysia, bulan ramadhan seakan-akan sesuatu yang dinanti-nanti. bazar-bazar ramadhan yang menjanjikan kepelbagaian juadah dibuka seawal 1 ramadhan lagi. hotel-hotel mula mengeluarkan iklan tentang buffet ramadhan yang pastinya memberikan kepuasan kepada penggemarnya.. memberikan peluang untuk umat Islam berniaga dan mencari rezeki halal.. disamping majlis-majlis berbuka puasa yang rancak disana-sini akan kedengaran sepanjang ramadhan ini..  natijahnya, kita memang dilimpahi dengan curahan kemewahan dan keselesaan sehingga kadang-kadang kita melakukan pembaziran ruang dan waktu.. mensia-siakan keadaan aman dan sejahtera di bumi bertuah ini sehingga ada pihak yang mula berani menggangu gugat keharmonian yang tercipta....

jauh disatu sudut bumi yang kontang... bumi tandus yang bernama Somalia, kanak-kanak dan wanita yang dihurungi lalat serta kurus kering beratur panjang bagi mendapatkan sesuap makanan. kebuluran serius yang berlaku di negara itu telah meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa... berbeza dengan kita yang ada di Malaysia.. sayu hati melihat sekumpulan kanak-kanak yang berkaki ayam dan dihurungi lalat beratur dengan bekas makanan yang kosong ditangan, merayu mengharap belas ihsan demi sesuap makanan... ungkapan kata-kata sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan akan derita dan kesengsaraan mereka yang tidak berpenghujung ini.. mungkin dengan mengambil iktibar kisah bumi tandus ini, kita akan lebih menghargai akan apa yang kita miliki, mensyukuri akan nikmat yang dikurniakan Ilahi...

sekilas renungan...













sebagai iktibar bersama.. Salam Ukhwah
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...