Saturday, November 12, 2011

Salah Siapa??



"jangan bertindak dengan membelakangkan pemikiran rasional"

manusia sememangnya makhluk yang tak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Seolah-olah tiada batasan dalam kehendak manusia yang pelbagai. Namun, dalam perlumbaan kita mencari kesenangan dan keselesaan diri, tanpa kita sedar atau tidak, kita menyakiti orang-orang disekeliling kita demi mencapai objektif yang ingin kita miliki. seperti kata-kata oleh Thomas Hobbes, manusia di dalam "state of nature" mendahulukan keinginan mereka dan mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginan mereka dapat dipenuhi. 

mengeluh dan mengeluh, sifat semulajadi kita. hatta perkara kecil pun kita akan mengeluh. hari hujan kita mengeluh, hari panas kita mengeluh, kerja dan tugasan yang banyak kita mengeluh, hari isnin semakin hampir pun kita mengeluh. siapa kita untuk menidakkan perkara yang ditetapkan oleh Allah? kerana setiap perkara yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. cuma masa dan tindakkan kita yang menentukan segalanya.

masalah dan dugaan adalah perkara yang akan kunjung tiba dalam hidup kita. tiada seorang pun di muka bumi ini yang terlepas daripada masalah. masalah kewangan, rakan-rakan, kesihatan, dan pelbagai lagi. siapa yang menjangka orang yang menghidap penyakit kronik akan mati lebih awal daripada orang yang lebih sihat? jadi "live life to the fullest"

jangan kita mencari jalan singkat untuk mencapai kesenangan kerana kesenangan itu bermula dengan sesuatu yang perit. jangan kita mudah menuding jari ke atas orang lain tanpa kita melihat keadaan diri kita. jangan mudah melakukan perkara atau tindakan dengan emosi yang sementara kerana kelak akan memakan diri kita. jangan hanya mencari bila susah, jangan lupakan pengorbanan keluarga, jangan mudah membuang sahabat dan JANGAN lupakan Maha Pencipta...

pesanan kepada sahabat dan diri ini yang banyak kekurangan ~

Friday, August 12, 2011

writing to the wind

Back at my secondary school life..
my principle once said...

"people make a mistake, but a bloody fool always fall in the same mistake"

at that time a word that shouted from an elder is consider fixed.. fullstop..
cant against them more.. so i take the whole lecture and slightly try to digest it..

but... different people have different thought... variety is always consider in human life..
we cant face the life if we cant take the risk..

the norm of society is to respect what others may think and their act only if it not affect your beliefs and the public...

so?? what wrong with falling down if you still can stand back and walk again...
i bet if you see the sky after falling down you will know...

the sky is stretching limitlessly and its a HOPE!!
Allah will always with a people who doesn't know a meaning of failure..

so lets craving for more 'usaha, doa and tawakal'
a true successor is when they can bounce back after being condemns by a bunch of uncivilized morons ..
i bet they will 'terbeliak' and 'ternganga' to see you reaching to the top... :)

little diary of my heart for the night..... tears cant be the solution...
but i cant stop them from accompany me.. T.T .. so i write to the wind to blow off  this smelly feeling..

life must go on Hanif...

Thursday, August 11, 2011

Di Persimpangan Syahadah -part 1-




Jam sudah menunjukkan tepat pukul  4 pagi, hajah kalsom masih belum boleh melelapkan matanya. Ada garis kegusaran yang kelihatan dari riak mukanya, seolah-olah wanita pertengahan usia itu menyimpan seribu satu persoalan yang belum terungkai. Sambil berbaring di atas katilnya yang beralaskan cadar lusuh, hajah kalsom memandang kosong ke atas bumbung rumahnya yang tidak bersyiling dan sudah sedikit berlubang-lubang, hatinya masih tidak keruan mengenangkan kejadian di kala maghrib sebentar tadi. Kalaulah suaminya haji Esa masih ada, tentunya dia dapat mengurangkan rasa kegusaran yang bersarang di hatinya kala ini........ Dari kejauhan, sayup-sayup kedengaran suara bilal kampong melaungkan Azan menandakan masuknya waktu subuh, hajah kalsom tersentak dari lamunan dan terus beristigfar. Dia tidak menyangka krisauan di hatinya waktu ini berpanjangan sehingga masuk waktu subuh. Hajah kalsom terus bangkit dari kamar tidurnya dan menuju ke belakang rumah usang peninggalan arwah ayahnya dimana disitu terletaknya perigi tua tempat dia dan anaknya mendapatkan sumber air. Selesai mengambil wudhuk hajah kalsom terus masuk ke dalam rumahnya dan menuju ke bilik tidur Azwan, satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Dia menguak sedikit pintu bilik tidur anaknya dan pintu itu berkriut apabila ia bergesel dengan engselnya. Kelihatan sesusuk tubuh dalam samar cahaya subuh sedang mengerjakan solat. Hajah kalsom tersenyum sambil menutup pintu bilik anak kesayanganya dan terus bergegas untuk menunaikan kewajiban kepada Maha Esa.......
Kedengaran riuh rendah di kampong semaloi semakin terasa menandakan mentari sudah mula merembeskan lembayung cahayanya. Dengan bersuluhkan lampu gasoline, Azwan menyikat rambutnya di hadapan cermin sompek yang tergeletak di atas meja belajarnya. Masih terasa dingin hatinya di kala ini, seakan dinginya suhu di pagi hari. Dia mencapai beg sekolahnya dan terus ke bangsal buruk yang terletak bersebelahan rumahnya. Asalnya bangsal itu merupakan reban itik, namun setelah kematian ayahnya, ia terbiar dijadikan tempat menyimpan satu-satunya harta ayahnya haji esa iaitu sebuah motor Honda model lama yang kelihatan agak lusuh. Sebelum sempat azwan bergerak ke sekolah, ibunya hajah kalsom keluar memanggil namanya. “Wan, kenapa wan keluar macam tu je?, ibu dah buat kopi panas dengan jemput-jemput kegemaran wan macam selalu tu. Nanti lapar pulak kat sekolah”. Kedengaran suara hajah kalsom agak merintih. Azwan mengait tongkat dan menolak motornya perlahan-lahan membelakangi ibunya seolah-olah tidak menghiraukan susuk tubuh yang semakin dimamah usia itu. Hajah kalsom mula terasa hati, perkara yang paling tidak diingininya seakan mula mengambil tempat. Dengan suara yang agak beremosi hajah kalsom cuba memujuk anak lelakinya  “Wan, wan marah kat ibu ye?.. ibu mintak maaf wan, ibu bukan sengaja nak merahsiakan perkara ni dari wan. Wan kena faham, tak kira wan anak angkat atau anak kandung, ibu terlalu sayang kat wan. Wan lah tinggal satu-satunya tempat ibu mencurah kasih, ibu dah takda siapa-siapa lagi wan, ibu tak sanggup kehilangan wan, wan jangan marah dekat ibu, ibu sayang kat wan, ibu, ibu..” suara wanita pertengahan usia itu tersekat-sekat dan tanpa dia sedar benih-benih air mata sudah jatuh membasahi pipinya, tangan yang sudah menampakkan garis-garis tua itu pantas menyapu air mata yang berguguran namun ia tidak dapt membendung genangan yang semakin pantas mengalirkan air mata yang jernih..  Azwan menunggang motornya dan dengan sekali “start” enjin motor lusuh itu mula menderu, memecahkan kebeningan yang tercipta. Tanpa menoleh kearah raut wajah ibunya, azman bersuara “kau bukan ibu aku” dan dia terus bergerak menuju ke sekolah. Hajah kalsom jatuh terjelepok ke atas tanah merah yang masih lembab dibasahi embun pagi sebaik mendengar kata-kata azman. Hati ibu tua itu sudah sedia pedih dan sekarang seolah-olah hatinya bertambah pedih ditabur kaca oleh anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Hajah kalsom menangis semahu-mahunya bersama angin semilir pagi sehingga azman sudah tidak kelihatan lagi di hadapanya.. begitu remuk hatinya, namun dia gagahi dirinya untuk mengembalikan kepercayaan azman kepada dirinya.... >>bersambung<<

Wednesday, August 10, 2011

ringkas pnuh iktibar dan sempoi...

Assalamualaikum.. malam-malam ni tak boleh nak tidur pulak..huhu.. alamatnya esok nanti matahari atas kepala la baru tersedar, tak pun kena flying kick siap-siap dengan bonda tercinta akibat berhibernasi di siang hari.. huhu.. esok pulak ada ambik tender mengecat rumah ke rumah... doa-doakan la tak jadi apa-apa esok.. huhu..

disebabkan tak boleh nak tidur, saya cuba mengambil kesempatan (jangan amik kesempatan ngan orang lain dah la) blogwalking meninjau-ninjau blog-blog sahabat. dan... jeng3.. ada satu blog nih telah berjaya menarik perhatian saya... cara penulisan dia membuatkan saya tertarik dan blog ni penuh dengan iktibar.. kebiasaanya penulisan tentang nasihat dan berbentuk keagamaan akan ditulis secara serius tetapi "content" dalam blog ni tidak membosankan, sempoi, sesuai dengan gaya seorang remaja masa kini dan di rekemen untuk dibaca khusus oleh anak muda zaman sekarang yang terlalu mengikut budaya hedonisme (termasuk lah saya :(.. )... semoga beroleh manfaat bersama.. salam ukhwah ^^


>>>>>>http://www.tazkirahamar.blogspot.com/<<<<<<<<
boleh klik link di atas untuk ke blog milik saudara Muammar Qadafi.. ^^

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan di bumi Somalia

Ramadhan tiba lagi. bulan mulia dan penuh keberkatan bagi umat Islam. disamping mengerjakan ibadah berlipat kali ganda di bulan ramadhan ini.. jika kita lihat di negara kita sendiri Malaysia, bulan ramadhan seakan-akan sesuatu yang dinanti-nanti. bazar-bazar ramadhan yang menjanjikan kepelbagaian juadah dibuka seawal 1 ramadhan lagi. hotel-hotel mula mengeluarkan iklan tentang buffet ramadhan yang pastinya memberikan kepuasan kepada penggemarnya.. memberikan peluang untuk umat Islam berniaga dan mencari rezeki halal.. disamping majlis-majlis berbuka puasa yang rancak disana-sini akan kedengaran sepanjang ramadhan ini..  natijahnya, kita memang dilimpahi dengan curahan kemewahan dan keselesaan sehingga kadang-kadang kita melakukan pembaziran ruang dan waktu.. mensia-siakan keadaan aman dan sejahtera di bumi bertuah ini sehingga ada pihak yang mula berani menggangu gugat keharmonian yang tercipta....

jauh disatu sudut bumi yang kontang... bumi tandus yang bernama Somalia, kanak-kanak dan wanita yang dihurungi lalat serta kurus kering beratur panjang bagi mendapatkan sesuap makanan. kebuluran serius yang berlaku di negara itu telah meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa... berbeza dengan kita yang ada di Malaysia.. sayu hati melihat sekumpulan kanak-kanak yang berkaki ayam dan dihurungi lalat beratur dengan bekas makanan yang kosong ditangan, merayu mengharap belas ihsan demi sesuap makanan... ungkapan kata-kata sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan akan derita dan kesengsaraan mereka yang tidak berpenghujung ini.. mungkin dengan mengambil iktibar kisah bumi tandus ini, kita akan lebih menghargai akan apa yang kita miliki, mensyukuri akan nikmat yang dikurniakan Ilahi...

sekilas renungan...













sebagai iktibar bersama.. Salam Ukhwah

Thursday, July 28, 2011

Terima Kasih CIKGU! ^^


terima kasih cikgu kerana sudi menjemput saya ke majlis yang penuh bermakna baru-baru ni.. terasa macam dah grad betul-betul je.. huhu.. kerana ilmu yang cikgu-cikgu curahkan kami masih disini dalam mencari lautan ilmu yang luas ini.. profesion perguruan adalah pekerjaan yang sangat murni, menjadi ibu bapa kedua dalam mendidik dan mengasuh kami menjadi dewasa dalam menempuh hari-hari mendatang.. teringat kenangan sewaktu di sekolah, pernah beberapa kali kena denda, kena lari buat pusingan kat padang, jalan itik dekat koridor sekolah, angkat meja duduk kat luar, rotan, tulis surat mintak maaf, berdiri kat kerusi dan macam-macam lagi.. masa tu memang nakal 'gila', habis cikgu saya sumpah seranah lepas kena denda... tapi itu dulu, waktu fikiran masih tak matang... tapi kini saya sedar, semua itu hanya lah kerana cikgu sayangkan saya.. cikgu hanya mahu lihat kejayaan anak-anak muridnya di masa hadapan... ^^

InsyaAllah lagi 2 tahun, dapatlah saya menggengam ijazah sebenar kalau takde paper yang "kantoi".. hehe.. terima kasih atas doa dan harapan cikgu-cikgu ke atas kami... TERIMA KASIH atas segala-galanya... semoga Allah memberkati dan mengurniakan rahmat dan kemudahan kepada cikgu-cikgu.. ^^

coret moret cencorot

Assalamualaikum... :D
terasa dah lama tak menekan butang2 keyboard ni, jadi hari ni nak mencoret sedikit alkisah  cuti yang dah nak sampai penghujung ni... :(


SAYA DAH RESIGN!



                           (ni meja saya.. sempat curi2 ambik gambar.. huhu)

cuti semester kali ni memang panjang, oleh kerana terpanggil untuk berdikari (ececece :P) saya telah bekerja di salah sebuah kilang di kawasan industri muar.. semasa interview kerja tu dia kata nak bagi saya duduk office, design template.. jadi gaji pun ok lalu dengan confidentnye saya pun terima.. . ditempatkan di department research and development dengan position sebagai technical analysis, maka bermulalah pengalaman kerja saya yang serius buat kali kedua.... masuk seminggu kerja memang agak relax... masuk 2 minggu kerja barulah saya mengerti akan betapa susahnya nak mencari rezeki sekarang.. cuba membayangkan ayah dan emak saya yang selama ni berhempas pulas menyekolahkan 8 orang askar termasuklah saye, huhu.. duduk menghadap komputer selama 8 jam memang menyakitkan.. sakit hati satu, tambah sakit pinggang.. huhu.. jadi saya mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa baki cuti yang tinggal sebulan ni untuk berehat di rumah..


                                   ( ni gambar ambik kat mr. google je :P )

Rumahku syurgaku, jadi bulan puasa ni dapatlah puasa kat rumah.. tahun lepas berbuka dan bersahur pun dengan kawan2.. nasib ada kawan2, kalau sorang2? mesti makan nasi berulam air mata.. huhu... jadi hargailah keluarga kita selagi mereka ada.. bersyukur kerana kita masih dapat menikmati hidup berkeluarga, dan jangan lupa akan mereka yang lebih memerlukan.. salam ukhwah :)

cuba klik link ni ye, nak download video, tapi broadband macam siput lak, huhu :

Saturday, July 16, 2011

secangkir embun "part 2"




Satu tamparan hinggap di pipi sofea menyebabkan sofea jatuh tersungkur.. sofea mengerang kesakitan, dia tidak menyangka ayahnya sanggup bertindak buas terhadap satu-satunya anak yang ayahnya ada. butir-butir air mata mula terbit taktala sofea masih termangu-mangu akan apa yang sudah dilakukannya sehingga ayahnya sanggup menamparnya. Sofea cuba mengigihkan kakinya untuk berdiri dan menghadap ayahnya, Dia mengusap pipinya yang mulai kemerahan dan memberanikan diri untuk bersuara “kenapa, kenapa ayah tampar sofea?”, suaranya terketar-ketar jelas menunjukkan rasa takut dan sedih bercampur-baur dalam dirinya. Pak Yahya yang sudah sedia berang bertambah marah dengan pertanyaan Sofea. “ini topi jantan mana yang ko bawak masuk rumah aku ni!!” ayahnya membentak sambil melemparkan topi berwarna merah hati kepada Sofea. Sebaik terpandang topi yang dilemparkan ayahnya, Sofea mula tersedar ‘Ya Allah, kenapa aku boleh lupa topi Irfan ni!!’.. dia mula mengimbas kembali kejadian petang sebelum ayahnya pulang, Irfan anak mak Iffah ada datang menolongnya mencabut ubi kayu untuk direbus dan mungkin topi yang dipakai pemuda itu tertinggal sewaktu Sofea menghidangkan teh panas di pangkin rumahnya. Fikiran sofea mula tidak keruan memikirkan ayahnya akan mengamuk kalau mendapat tahu topi bewarna merah hati itu kepunyaan Irfan. Bukan sofea tidak tahu akan betapa bencinya perasaan ayahnya kalau ada lelaki yang berani menegur sofea, lagi-lagi jika lelaki itu adalah Irfan, anak mak Iffah. Pernah sewaktu sekolah rendah dulu, Irfan bermain bersama sofea di pinggir sempadan kebun ayahnya sehingga lewat petang, entah bagaimana, bahu sofea terkait duri kawat yang menjadi batu sempadan kebun ayahnya sewaktu hendak pulang ke rumah hingga menyebabkan luka yang agak dalam, sebaik sahaja ayahnya mendapat tahu akan insiden terbabit, ayahnya mengamuk bagai orang hilang akal, menghunus parang dan terjerit-jerit di luar rumah mak Iffah. Nasib baik la waktu itu imam Hamka ada dirumah, ayah irfan yang merupakan imam di kampong ini yang menenangkan ayahnya sehingga semuanya reda... ***
Dari riak muka ayahnya, sofea seakan dapat membaca tragedi buruk yang akan berlaku, BAMM!!, sofea tersentak, ayahnya menendang pintu almari pakaianya sehingga terkopak.. dengan tidak semena-mena rambut sofea ditarik sehingga mukanya bertemu dengan muka ayahnya, “aku Tanya lagi sekali, itu topi jantan dayus mana!!”.. “ya Allah, ayah, bawak mengucap ayah, sofea mintak maaf ayah..” dengan tersedu-sedu sofea cuba mengharapkan sisa ehsan dari ayahnya.. “aku pergi kerja nak bagi ko makan, ko boleh bawak jantan balik rumah ni!!” sekali lagi terhambur kata-kata amarah dari pak Yahya, “aku tau mana nak cari bedebah ni!” bagai orang yang hilang akal, pak Yahya melepaskan genggaman rambut sofea dan terus ke dapur ,menggeledah almari kayu di bawah tempat memasak dan terus mencapai apa yang dicarinya, sebilah parang panjang yang sudah bersompek dan berkarat terus menuju keluar rumah. Sofea yang masih terkejut akan perangai ayahnya yang seumpama dirasuk hanya mampu menadah tangan berdoa akan keselamatan Irfan dan mak Ifah, air matanya yang sudah tidak mampu dibendung mengalir deras dan ungkapan yang mampu terucap di bibirnya kala ini “Ya Allah,........ mak tolong sofea mak... sofea takut”...****


Sunday, July 10, 2011

tipu sana.. tipu sini....

Assalamualaikum... :)
kalau lah korang baca suratkhabar ngan tengok brita TV apa agaknya yang hot sekarang eh??
mesti cerita pasal kaler kan.. kaler kuning la.. kaler merah la..
tambah lagi cerita seks, buat penambah rasa.. sampai jadi cover page surat khabar lagi..
best kan hari-hari tengok berita macam ni..

adalah satu kisah penipuan dua orang sahabat... nak dengar?
seorang nama Ali dan seorang lagi namanya Abu..
Ali cerita kat abu yang dekat kampung dia ada sebatang sungai yang mana kalau nak tangkap ikan cuma kaut pakai tangan je sebab ikan banyak...
Abu yang dengar pun tak nak kalah lalu cerita yang sungai kat kampung dia kalau nak ambik air buat mandi kena kuak ikan ketepi baru boleh ceduk air... sebab ikan banyak sangat.. begitu dasyat cerita si Abu...
jadi kita dengar je dah boleh agak kan?

pemahaman tentang sesuatu situasi sebenarnya memerlukan pelbagai aspek...
dan yang paling penting ialah kita dengar kepada kedua-dua pihak..
tidak adil rasanya untuk kita melihat dengan hanya melihat pada satu arah sahaja, lagi-lagi apabila cerita satu arah tu boleh dipertikaikan kesahihannya.. dan jangan terlalu emosi untuk menghukum orang lain.. kita bukan siapa-siapa hendak menilai sesuatu yang bukan berada dalam bidang kuasa kita..

wAllahualam.. sekadar berkongsi ^^

Friday, July 8, 2011

hilang..

Pernah aku berfikir di suatu sudut pemikiran yang tiada noktah...
dalam dunia meniti arus globalisasi...
manusia berlumba-lumba merencana ilmu di titian paradigma sains dan teknologi...
dunia yang kita singgah ini, menuju ke arah fasa modenisasi dan arus pembangunan atas dasar nama perubahan sejagat.....

namun....
manusia sering lupa...
 manusia selalu alpa...
manusia terkadang terlalai....
akan elemen kemasyarakatan yang kian luput ....
warisan generasi zaman berzaman yang selama ini menjadi kayu sokongan dilitupi kononnya yang dinamakan permodenan...

aku cuba mengutip sisa-sisa kekuatan .... mendalami permasalahan social masyarakat yang kunjung tiba....
dimanakah hilangnya adab dan kesantunan yang dahulunya menjadi lontaran masyarakat dalam kehidupan penuh ruang dan liku ini...
adakah masyarakat mula tidak endah akan percaturan yang semakin menampakkan kebinasaan ini?
Atau masyarakat sekarang sudah jelas untuk menjaga perihal diri sendiri?
Tanpa mempedulikan apa yang berlaku disekeliling mereka?

Kini Lihatlah....
Generasi yang sepatutnya menjadi pemangkin paksi nilai kemasyarakatan..
Diracuni budaya hedonism....
Dibiarkan mati di lembah kemaksiatan...
Disogokkan dengan pemikiran yang jumud....
Persoalan demi persoalan menerpa mengharapkan jawapan yang lahir di minda...
Siapa yang akan menerajui tampuk pemerintahan Negara?
Siapa yang akan merangka susun atur pembangunan masyarakat?
Siapa siapa siapa?!!
 jika tidak generasi kita!!
Adakah kita mahu melihat bangsa dan Negara kita diheret bersama-sama ke lembah kehancuran ini..

Jadi....
Mari kita salut kembali minda ini dengan adunan nilai kemasyarakatan....
Cuba kita bina kembali ikatan ukhwah ini bersama jalinan kesetiaan..
Agar nilai masyarakat kembali bertaut..
Menjadi asas pembinaan Negara bangsa yang lebih dinamik..
Menerajui armada kejayaan yang lebih bermakna....
Kita tinggalkan lohong kegelapan dalam lipatan sejarah...
menjadi iktibar untuk kebaikan bersama...

Thursday, July 7, 2011

AKU & 24HRS L.I.A_D.I.Y


Assalamualaikum w.b.t... ini first time tergerak hati cuba masuk contest yang disponsor oleh bloger lain.. :)  jadi entry kali ini berkenaan masa seperti yang tertulis di tajuk atas nun sebagai salah satu syarat oleh PC..  :)


Dunia... berputar mengelilingi mentari, siang berganti malam, hari berganti hari dan seterusnya ia berpanjangan... hampir ke hujung usianya ia akan masih bergerak seiring perlakuan manusia... sehinggalah ia berhenti membawa bersama segala isi di dalamnya...

"masa itu emas"... "demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian"
manusia.. pelbagai ragam dan pelbagai sifat.. dan salah satu sifat yang paling digemari ialah suka BERTANGGUH.. sifat yang akan menyebabkan kita hilang peluang di depan mata... kerana peluang tidak selalunya datang untuk kali kedua.. Sebagai seorang pelajar terutamanya, budaya bertangguh merupakan suatu kebiasaan yang cuba dibiasakan oleh kebanyakan pelajar.. terutamanya ketika menyiapkan tugasan.. dan akhirnya tugasan yang diberi tidak dapat disempurnakan dengan baik dan mulalah mereka menyalahkan bebanan kerja yang banyak dan masa yang terhad, sedangkan masa dan ruang yang ada dibiarkan begitu sahaja dengan aktiviti kosong yang tidak membuahkan apa-apa manfaat... begitu juga dengan ibadah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan.. ia tidak akan sempurna jika kita ingin meneruskan sikap bertangguh ini...

budaya ini seolah-olah sudah merebak dalam masyarakat kita dan ada unsur-unsur berbentuk hiburan yang cuba menerapkan sifat BERTANGGUH ini... percaya atau tidak, berapa ramai umat Islam yang akan terus menunaikan solat ketika mendengar seruan AZAN? atau hendak ke masjid untuk berjemaah?? ......
mungkin salah satu puncanya ialah apabila kita terlekat di hadapan "kotak hiburan" ciptaan barat... bagaimanalah kiranya apabila satu hari nanti, sekeluarga berjemaah di depan tv dengan kartun shin chan dan doraemon sedang beraksi.. Nauzubillah...

pesanan untuk diri ini dan sahabat.. salam ukhwah ^^


"masa yang berlalu jadikanlah ia sebagai pengajaran dan panduan kerana masa sekarang adalah anugerah yang tidak ternilai, genggamlah ia dan kejayaan InsyaAllah milik anda, di dunia dan akhirat"

Monday, July 4, 2011

retakan hati disebalik ukiran senyuman

selangkah aku mengikut rentak arus... di dalam denai realiti ini....
selangkah aku maju walau luka yang aku bawa...
memikul bebanan harapan demi kebahagiaan ibunda...
walau emosi ini tercalar... terpalit kedukaan.... aku maju...

mungkin ini kekhilafan lampau aku...
cuba menyambut lambaian keikhlasan mu...
membawa aku ke demensi berbeda.... 
cuma benarkah langkah kaki aku ini... kemana penghujungnya cerita ini?...
aku perlukan peta nasihat.. menunjuk arah didalam kesamaran jiwa ini..
aku tersenyum disebalik retakan hati...


Sunday, June 19, 2011

jangan merana kerana CINTA

cinta sememangnya indah...
 suatu anugerah yang menjadikan dunia anda 360 darjah.... cinta itu lahir tanpa dipaksa... cinta yang datang bersama jati iman yang kukuh akan berbuah kebahagiaan... sesuatu yang diimpikan oleh setiap insan... cinta abadi kepada Ilahi... cinta suci kurniaan yang Maha Esa....

namun... ada cinta tidak kesampaian... ada cinta putus ditengah jalan.. tidak seperti pengakhiran kisah dongeng yang berbunyi "happily ever after".... manusia.. tidak dapat lari dari perasaan kecewa... hanya kerana cinta, dunia boleh menjadi gelita bagi mereka yang TERLALU mencinta...



kekesalan... kekecewaan... "kalau lah masa boleh diputarkan".... tangisan dan sakit hati.... mungkin itu sebahagian isi hati mereka yang kecundang.. perasaan sebegini hanyalah akan memudaratkan diri sendiri.. perlu diingat, hampir kebanyakan kes bunuh diri melibatkan cinta... suatu perkara yang ditegah oleh Islam.. perasaan amarah dan kesal terhadap diri sendiri yang melampau hanyalah akan membinasakan daya fikiran kita.. kita perlu belajar untuk REDHA dan melepaskan perasaan yang tidak sepatutnya itu.. ada HIKMAH bagi setiap yang terjadi dan diri kita perlulah menggunakan ruang itu untuk menyelusuri pemahaman dan berISTIKOMAH...

cinta datang tanpa diundang... cintalah dengan hati yang ikhlas...

Friday, June 17, 2011

hari ini adalah anugerah


Lord Shen: “How did you find peace? I took away your parents, everything, I scarred you for life.”

Kung Fu Panda: See that’s the thing Shen, scars heal,

Lord Shen: No they don’t… wounds heal.

Kung Fu Panda: Oh yah… what do scars do? They fade I guess.

Lord Shen: I don’t care what scars do…

Kung Fu Panda: “You should Shen. You got to let go of the stuff from past – because it just doesn’t matter. The only thing that matters is what you choose to be now.”



* dialog di atas merupakan salah satu scene dalam filem animasi kung fu panda 2.. jika diteliti dialog diatas, banyak pengajaran yang boleh diambil daripadanya.. 


dendam dan rasa sakit hati kepada individu mahupun perasaan kecewa dan amarah yang menjadi parut hanyalah akan memakan diri kita sendiri.. belajarlah untuk menjadi pemaaf dan memaafkan.. andai kita redha dan ikhlas, Allah sentiasa bersama dengan kita.. 


semua orang melakukan kesilapan.. semua orang pernah jatuh dan gagal... namun percayalah.. gagal bersifat sementara.. gagal lumrah orang berjaya.. sekali anda gagal, selangkah anda menuju kehadapan... tidak ada yang salah dengan jatuh dan gagal.. kerana anda masih boleh berdiri dan memperbaikinya... 









Monday, June 13, 2011

hati ini yang rapuh


hari ini.... aku menangis lagi... menangis akan kekosongan jiwa ini... menangis akan rapuhnya hati ini.......
aku gagahkan kaki ini bersujud memohon keampunan.... memohon petunjuk agar tangis ini terhenti akibat rapuhnya hati ini....

titian perjalanan ini seakan beertambah berat dengan bebanan yang mendatang... jiwa ini sering diusik dengan mainan perasaan kasih dan sayang... namun aku tidak harus terbuai dengan ayunan arus permainan jiwa ini... yang berlalu aku tinggalkan tanpa menoleh lagi... kerana segala yang aku lakukan akan dipersoal di "sana" nanti.. memang berat... wajarnya aku harus menjadi lebih kuat... iringan doa dan munajat dalam aku menempuh hari-hari yang mendatang....

memetik kata-kata semangat yang saya terima dari seorang sahabat:

kekadang... kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah.. tetapi Allah  berikan kaktus berduri.... kita meminta rama-rama.. tetapi diberikan ulat.... kita pun merasa sedih dan kecewa..... namun.. kemudian kaktus itu berbunga indah dan ulat menjadi rama2 yang cantik... itulah jalan Allah S.W.T... indah pada waktunya... Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan.....
terkadang kita berasa sedih... kecewa... terluka... bahkan berburuk sangka... tetapi jauh di atas segalanya... Allah sedang merangkai yang TERBAIK untuk kehidupan kita.... agar kita belajar untuk ikhlas dan redha.....

jangan lupa kaca itulah terang di mata kita kerana kita kabur akan permata yang bersilau menerangi  dalam keadaan gelap dan sukar..........

renunglah ke atas sejenak... lihatlah bintang... ia akan tetap dan terus bersinar menerangi untuk kita walau tanpa kita sedari....

Friday, June 3, 2011

haiwan.. binatang..



dalam tengah syok saya selak surat khabar pagi tadi, ada lah terbaca satu artikel yang menyebut tentang kajian semula denda RM200 terhadap penderaan haiwan kepada RM50000 dan penjara jika disabitkan kesalahan oleh menteri pertanian dan industri asas tani Dato' seri Noh Omar. Tabik spring buat yang berkenaan. isu penyiksaan binatang sudah mula diberi perhatian akibat pendedahan pelbagai video penyiksaan melampau melalui facebook yang kadang2 perbuatan tu melangkaui perikemanusiaan seorang insan yang bernama manusia. inilah akibatnya kalau akal tu dah letak kat punggung..

pernah tengok kucing2 liar yang mengacau sewaktu korang makan kat warong2? mungkin ada yang jijik sebab rupa fizikal kucing itu sendiri yang tidak terurus dan kadang2 ada kesan luka kat badan 'diorang'. agak2 dari mana datang luka2 tu kalau tak dipukul atau dirembat oleh orang2 yang kurang berotak.. agak2 nya lah mereka2 ni mesti kurang perhatian dari masyarakat. kucing pun ada rasa lapar, rasa sakit, rasa ingin disayangi.. haiwan ini ciptaan Allah.. bahkan Nabi sendiri menyayangi haiwan..

anak sendiri pun sanggup dicampak dari tingkat tinggi, dibuang dalam tong sampah hidup2,  inikan pula binatang kecil yang merempat di jalanan.. tanda2 ini antara sedar atau tidak sedar bahawa kita sudah berada di akhir zaman.. untuk diri ini juga, tingkat2 kan lah amalan kita untuk menjadi bekalan di akhirat sana nanti.. InsyAllah...

p/s: menarik je ucapan dasar dato' seri Hadi dalam muktamar tahunan.. sigh...

Tuesday, May 31, 2011

day 4 pulak

demi tak mahu mengalah dengan izamudin jusoh pasai game 10 things nih saya update untuk hari ke 4.. :D

10 perkara saya nak bagitau kat seseorang (wat bakal ermm... ni sume ayat loklak.. haha).. :

*saya adalah diri saya.. terima saya seadanya dan dah cukup gembira bagi saya ^^

*saya mungkin akan jatuh dan gagal.. mase tu saya perlukan sokongan kamu...

*jangan berjalan di belakang saya.. saya mungkin tidak mampu memimpin...

*jangan berjalan di hadapan saya... saya mungkin hilang arah...

*berjalanlah di sebelah saya dan menjadi sahabat saya.. ^^

*tiga ayat di atas di plagiat dari mr. google.. hehe

*ingatkan saya jika saya lalai..

*senyuman kamu "make my day".. aiseh.. cakap omputeh lak.. huhu

*saya.. saya... saya.. err.. huhuhu

*okeh.. habis dah sploh perkara.. boleh tolong buatkan air utk saya? hehe.. milo ais kurang manis..

Saturday, May 28, 2011

bila rasa nak makan manusia


marah?.. sakit hati?... geram?.... pedih ulu hati?.. tensen??... rasa nak bertukar jadi super saiya??.. rilek2.. tarik nafas panjang2 ... ok cecite cecite....huhu

sudah lumrah manusia normal (bukan paranormal ek.. hehe) untuk tidak terlepas dari perasaan seumpama bagai nih.. namun rasa marah atau sakit hati yang kita cuba luahkan itu kadang2 tak memberi apa2 manfaat.. malahan mengeruhkan situasi sedia ada.. bagai mencurah kopi ke uniform sekolah.. ha faham tak? hehe... apabila perasaan marah itu cuba dientripikasikan ke dalam bentuk perbuatan tanpa campur tangan pemikiran yang rasional maka.. tu yang jadi kes dera lah.. simbah asid sana sini (apsal tak simbah air sirap ke.. air sarsi ke)... laki flying kick bini... dan bermacam macam insiden tragis yang kadang2 melangkaui norma seorang insan.. hmmm jadi apa solution (terspeaking lak) untuk mengurangkan rasa marah nih??

kalau anda ni seorang yang kaki marah.. kepale hangin yang slalu berangin... selalu je terasa nak mengamuk arr arr atau terasa nak marah cuba lakukan perkara2 yang saya listkan nih.. :

*tarik nafas panjang2 lepas tu hembus keluar.. bukan angin dari bawah ye.. huhu

*istigfar dan cuba kembalikan pemikiran rasional masa nak marah tu...

*cuba jadikan situasi yang membuatkan anda marah tu macam tengah tengok maharaja lawak.. maka.. anda mungkin tak jadi nak marah.. (macam tak percaya je kan?)

*ambil wudhu.. kalau tak jalan jugak.. dirikan la solat sunat untuk hilangkan rasa marah tu..

*maafkan jela insan yang telah membuat anda bikin panass..

*bila nak marah je pandang cermin cepat2... ha tengok muke tu macam mana masa marah.. buruk kan.. huhu

*senyum.. dengan senyuman je leh buatkan anda hilang rasa marah... cuba senyum banyak2 macam saya.. hehe.. anda akan rasa diri andalah yang paling hensem dan ayu.. huhu


sebenarnya masa kita marah ni kan... badan kita merembeskan sejenis bahan toksik yang boleh memudaratkan badan kita.. kang tak pasal2 kena heart attack kan.. so janganlah marah2 ok kawan.. ce senyum sket... ha kan hensem/ayu tu.. terus cair saya.. hehe.. :)


Thursday, May 26, 2011

bila lelaki nak jadi perempuan..

al kisah pagi tadi tgah selak menyelak (bukan selak kain ye.. hehe) surat khabor kat umah tersentap kejap sebab terbaca front page seorang hamba Allah yang bernama lelaki ni dalam proses menukar nama jadi perempuan.. huh??! siap pakai tudung bagai lagi.. ok la tu nak menutup aurat (aurat ker?).. kenapa lah sampai jauh sangat macam tu.. yang haram tu tetap haram.. Nauzubillah.. semoga diberi ruang hidayah kpadanya..

mereka ni mungkin bernaluri perempuan sejak kecil lagi dan merasakan seperti perempuan yang berada dalam tubuh lelaki (err.. faham tak? huhu) .. mungkin juga mereka tidak meminta naluri sebegini... namun percayalah.. ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. andai kita mampu menangkis godaan dunia ni.. besar ganjaranya kat akhirat kelak.. pesanan penaja untuk diri ini dan semua.. ^^


ce bayangkan disebalik tudung litup berpurdah ni ada tersimpan segumpal misai macam sarjan misai kat dalam cerita gerak khas tu.. hah amacam?? terbaekk.. huhu

hari ke 3.. 10 perkara ^^

hari nih nak jadi orang first update game 10 things nih.. hehe.. orait kite msuk hari ke tiga.. sploh perkara yang saya benci ataupun bahase ugandanye 10 things i hate.. ^^ hehe

*paling tak suka penipu.. kalau tipu atas sebab2 munasabah tu masih bole dmaafkan.. huhu..

*tak suka ahli politik yang cakap bedegar degar tapi habuk pun xde... tak suka jugak yang mempergunakan tiket agama demi kepentingan diri.. itu nak ingat sendiri la kan..

*tak suka exam.. haha... siapalah yang first2 cipta exam nih.. huhu.. boleh jadi separa tenuk kalau tiba time exam nih.. hehe.. ^^

                  stress kan? haha.. jadi janganlah amalkan study last minit ye ^^

*tak suka hujung sem... sebab?? sebab kalau ujung sem nih mestila tengah kering dan.... megi la jadi peneman setia diwaktu ini... huhu.... separuh bulu kat badan nih da gugur sebab megi punya pasal.. haha ^^

            yang ni stok sebulan punya.. nak share?? beli la sendiri ! haha

*tak suka sinetron dengan drama2 dari indonesia... dah la meleret2 panjang bagai cerita dragon ball episod dia... pastu mestila heroin dia selalu kena tibai ngan mak tiri ke.. orang jahat ke... haha.. paling best bila dia wat slow motion capture gambar muka... saspen la tu kununnya... tapi tu pandangan sy lah ye.. jangan ada hardcore sinetron pergi bakar rumah saya pulak dah le.. hehehe ^^


*tak suka bila ada orang cakap "pehh hensem nya ko hari ni anip".. nanti saya akan tersengih2 macam kerang satu hari tu.. time tido pun boleh tersenyum.. tak percaya? tanya bobby rumet sya.. hehe ^^

*tak suka bila tengah syok layan serita kat tv ada orang alih siaran.. memang dah lama hidup la orang tu kan... haha^^.. joking only..

*tak suka bila orang pinjam barang tapi buat harta dia pulak.. huhu.. kesian la kat saya.. duit pun dari mak ayah.. huhu... tapi biasanya malas dah nak tanya balik pasal barang tu.. kecuali la barang tu mahal gile.. hehe

*tak suka bila orang tak hormat perasaan orang kat sekeliling dia.. hah.. cita bab nih penah terjadi kat saya... tengah syok2 nak sahur.. orang atas boleh buang air lebihan makan megi kebawah... apa lagi... masuk dalam bilik saya bagai mencurah2 ke ladang gandum... punyalah sakit hati.. tapi sabar je la kan.. huhu.. tak percaya jugak?? kalau tak percaya tanya rumet saya si bobby tu.. huhu ^^.. kita hidup bermasyarakat ni kena la bertolak ansur ye ^^

*tak suka bila rasa ngantuk kat dalam dewan kuliah.. sebab apa ye... ce tengok gambar bawah nih... hehe


     kalau dah tertidur tu kompem la ape yang lecturer ajar tak masuk dalam kepala... huhu.. so.. janganlah tidur lewat sangat kalau ade kelas esok ye.. :P

Wednesday, May 25, 2011

10 perkara lagi...

disebabkan dah buat perjanjian berdarah dgan cikgu ezzah... so kena la teruskan game ni untuk hari ke 2.. huhu.. jadi... macam biasa ni sume ayat syok sendiri.. huhu...

hari ke2: sploh perkara yg saya suka... huhuhu

* suka makan... lagi2 dapat makan asam pedas resepi emak.. fuhh memang terangkat... huhu

                                          terbaek!!.. heee

*suka kat budak2.. hehe..

                                       ni anak sedare saya... comel kan.. ^^

*suka baca surat khabar atau dalam bhase jawenye dpanggil newspaper.. kalau boleh 3 paper skali baca.. ^^

*suka menulis.. pernah hntar karya kat majalah ngan surat khabar... tapi harem tak siar pun.. huhu... takpe2 jangan mengalah.. huhu ^^

*suka tengok movie horror... huhu.. tengok malam2 ngan kawan lpas tu tejerit lebih dari hantu dalam movie tu..  huhu

                                               ha.. takut tak? hehehe

*suka denga lagu maher zain.. ^^... dengar cite maher zain nak datang UNIMAS.. harap2 la jadi.. huhu... boleh bduet ngan dia... haha..

                 ada orang ckap muka nih ada iras2 maher zain.. haha jgan jeles ^^

*suka anime... manga... komik... dan yang bersaudara dengannya... hehe... kalau Gempak starz tu.. memang x pernah terlepas isu dia.. hehe...

*suka kumpul mainan... erk?!.. mainan yee.. x tau knape tapi memang kalau ke shopping mall tu mesti singgah toy city ke toy rus (eh mcam salah je eja nih.. heee) ... nak tgok koleksi? hehe

                                          ni salah satu "treasure"... hehe

*suka men game dota.. haha.. tapi slalu je kalah.... :P

*sy bersyukur dengan adanya orang2 yang kool disekeliling saya... keluarga... kawan2.. cikgu2... semoga saya lebih kuat untuk memijak dunia realiti di masa depan... cewah.. hehe ^^

okeh.. dah habis mengarut dah.. huhu ^^

pengguna jalanraya kat Malaysia nombor 1 kat dunia :D



hah.. ni statistik yang baru dikeluarkan oleh jawatankuasa mesyuarat antarabangsa yang Malaysia ni ranking nombor satu  bab pengguna yang berhemah masa kat jalan raya.. huh?? tak percaya?.. sebabnya saya baru menikmati ape makna pengguna berhemah kat Malaysia nih.. moh saya nak cite nih.. huhu



di petang hari jumaat yang agak tenang.. dengan perot yang lapar... gaya yang kool... dan langkah yang bgaya saya pegi ke pasar mlam yg dekat je ngan taman dgan hati yg bebunga sebab ada orang nak belanja.. huhu^^.. memang sesak pasor hari tu.. tetibe.. tengah nak cari parking ada la satu kereta kat blakang nih main hon2.. x sabar je bunyinye.. mungkin die nak pg ber** kot.. sy cuba bpikiran positif (haih dlam hati rase nak ikut join main hon2).. hon punyala hon smpai dum! blakula insiden terindah di kala senja... kreta blakang tadi terus potong line n block kereta yg dpandu abang.. haishh tkot jgak sbab bwak kreta macam gengster... skali yang keluar dri kereta tu bkannya abang sasa yg macho... tapi kakak bcermin mata hitam (mcm yg paris hilton slalu pakai) yang btudung ala2 bienda  =_=''.. hoh.. !! ape kejadahnye akak ni blagak macam pelumba nascar... xpe2 rilek2... x nak cari gaduh smpai wat jalan jem.. abang pun setel cara baik... dan akak tu pun belah dari situ ( xkan die nak dok tecongok kat situ lak).. macam tu la ceritanya.. dengan hati yg luka bdarah.. kami mneruskan hajat membeli ayam golek pak Ismael.. sedap woo.. huhuhu



jadi adik2... pengajaran yang kite boleh ambik dari cerita ni ialah... da macam krangan UPSR lak.. huhu

* sabar tu separuh dari Iman.. agak2 x sabar tu boleh buat jalan sndiri..

*btolak ansur lah sesama manusia... sesama Islam... (haih akak tu pkai tudung lilit2 agak2 dia bole bnafas x?)

*utamakan kselamatan diri dan pengguna jlan raye lain.. ce tengok auntie tu.. siap pkai helmet lagi..

jika kita bsabar walau dalam apa situasi sekalipun percayalah ia akan menjadikan kita lebih takwa dan dekat dengan Maha Pencipta.. ditambah lagi amalan bertolak ansur dlam diri kita .. ganjaran yang setimpal akan menanti kita.. kalau tidak di dunia.. di akhirat kelak...

selamat menggunakan jalan raya ^^..
jangan jadi macam orang utan yer mase bwak motokar atau superbike tu...

Tuesday, May 24, 2011

10 mende dlam 10 hari.. (apekah??)

okeh hari ni nak wat entri yang luar dari kbiasaan sikit atas ajakan rkan sjwat cikgu ezzah.. hehe .. luar biase ke? huhu.. ni kira mcm games jgak kot... orait.. santai sket ye kwan2.. ni sume ayat syok sendiri.. haha.. :D


hari pertama: 10 perkare tentang diri saya......


* keluarga adalah segala-galanya bg sy :)


* bdarah jawe.. atuk sy dari tanah jawa indonesia... bolehlah sikit-sikit cakap jawa.. contohnye... "wes mangan oporah?" maknenye dah makan ke belum.. huhu


* sensitif jgak.. aik? huhu.. x boleh tengok orang yg susah... lagi2 kalau dalam program bersamamu.. kompem   nangis.. so nak belaja betol2 nak tolong orng yg susah.. :)


* penah jadi cikgu sandaran dalam 2 blan macam tula.. mengajar matematik dan english budak2 darjah 1 sampai 4.. jangan ingat senang nak ajr budak2 ye.. huhu.. diorang panggil sy sir hanif ^^.. comel kan? bwah ni gamba anak murid.. nakal jgan ckap la.. huhu


* sebelum jadi cikgu penah jgak keja sbgai cashier kat sbiji psarraye mini.. memang pngalaman yg bharga.. dpat tgok mcm2 kerenah manusia.. jd pengalaman mematangkan sy.. :).. bwah ni la mini mart yg sy keje.. rindu jgak lah nak picit2 mesin cashier ^^.. 


* menulis entri kat blog nih boleh buatkan otak sy nih bgerak.. hehe.. apepun bidang sastera lebih sesuai dgan diri nih.. ^^

* sbnarnye paling takot nek aeroplane.. kalau nak balik kg tu jgan ckap la.. dalam kpal terbang tu memang x henti2 berdoa.. lagi2 bila dia bgegar.. bgegar sikit je dah mngucap pnjang dah... tp cover line je dpan member2.. huhu ^^


* hah.. sy nih cpat bpeluh.. dlam aircond pun bole bpeluh.. huhu.. x caye?  lagi2 bile ad orng kate sy nih comel.. hhaaha.. .. klau mkn pedas sikkkkkkit je pun da bole wat bpeluh mcm belari marathon dah.. huhu

* dah mula ska mkan ikan masin... kalau orang jawe tu.. ikan masin nih dpanggil "gesek".. mkan nasi sama ikan msin sayur air dengan smbal "totok" erm memang x ingat dunia.. huhu^^

                                          aik?? ni ikan masin ke?? heeeee

* msih blajar kat IPTA.. pengalaman beharga n susah nak dpat kat tempat laen.. ade lagi 2 tahun pngajian.. apepun kene la manfaatkan sebaek2nye.. nanti dah "kawen" (erk? lame lagi cik abg oii.. huhu) sume ni jd kenangan terindah.. ~~~~

              skang nih tgah winter kat kolej.. tu yang cuti pnjang tu.. hhoho :P

wokeh.. thats me ^^.. cikgu ezzah.. dah ciap da hari first.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...