Saturday, November 12, 2011

Salah Siapa??



"jangan bertindak dengan membelakangkan pemikiran rasional"

manusia sememangnya makhluk yang tak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Seolah-olah tiada batasan dalam kehendak manusia yang pelbagai. Namun, dalam perlumbaan kita mencari kesenangan dan keselesaan diri, tanpa kita sedar atau tidak, kita menyakiti orang-orang disekeliling kita demi mencapai objektif yang ingin kita miliki. seperti kata-kata oleh Thomas Hobbes, manusia di dalam "state of nature" mendahulukan keinginan mereka dan mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginan mereka dapat dipenuhi. 

mengeluh dan mengeluh, sifat semulajadi kita. hatta perkara kecil pun kita akan mengeluh. hari hujan kita mengeluh, hari panas kita mengeluh, kerja dan tugasan yang banyak kita mengeluh, hari isnin semakin hampir pun kita mengeluh. siapa kita untuk menidakkan perkara yang ditetapkan oleh Allah? kerana setiap perkara yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. cuma masa dan tindakkan kita yang menentukan segalanya.

masalah dan dugaan adalah perkara yang akan kunjung tiba dalam hidup kita. tiada seorang pun di muka bumi ini yang terlepas daripada masalah. masalah kewangan, rakan-rakan, kesihatan, dan pelbagai lagi. siapa yang menjangka orang yang menghidap penyakit kronik akan mati lebih awal daripada orang yang lebih sihat? jadi "live life to the fullest"

jangan kita mencari jalan singkat untuk mencapai kesenangan kerana kesenangan itu bermula dengan sesuatu yang perit. jangan kita mudah menuding jari ke atas orang lain tanpa kita melihat keadaan diri kita. jangan mudah melakukan perkara atau tindakan dengan emosi yang sementara kerana kelak akan memakan diri kita. jangan hanya mencari bila susah, jangan lupakan pengorbanan keluarga, jangan mudah membuang sahabat dan JANGAN lupakan Maha Pencipta...

pesanan kepada sahabat dan diri ini yang banyak kekurangan ~
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...