Thursday, July 28, 2011

Terima Kasih CIKGU! ^^


terima kasih cikgu kerana sudi menjemput saya ke majlis yang penuh bermakna baru-baru ni.. terasa macam dah grad betul-betul je.. huhu.. kerana ilmu yang cikgu-cikgu curahkan kami masih disini dalam mencari lautan ilmu yang luas ini.. profesion perguruan adalah pekerjaan yang sangat murni, menjadi ibu bapa kedua dalam mendidik dan mengasuh kami menjadi dewasa dalam menempuh hari-hari mendatang.. teringat kenangan sewaktu di sekolah, pernah beberapa kali kena denda, kena lari buat pusingan kat padang, jalan itik dekat koridor sekolah, angkat meja duduk kat luar, rotan, tulis surat mintak maaf, berdiri kat kerusi dan macam-macam lagi.. masa tu memang nakal 'gila', habis cikgu saya sumpah seranah lepas kena denda... tapi itu dulu, waktu fikiran masih tak matang... tapi kini saya sedar, semua itu hanya lah kerana cikgu sayangkan saya.. cikgu hanya mahu lihat kejayaan anak-anak muridnya di masa hadapan... ^^

InsyaAllah lagi 2 tahun, dapatlah saya menggengam ijazah sebenar kalau takde paper yang "kantoi".. hehe.. terima kasih atas doa dan harapan cikgu-cikgu ke atas kami... TERIMA KASIH atas segala-galanya... semoga Allah memberkati dan mengurniakan rahmat dan kemudahan kepada cikgu-cikgu.. ^^

coret moret cencorot

Assalamualaikum... :D
terasa dah lama tak menekan butang2 keyboard ni, jadi hari ni nak mencoret sedikit alkisah  cuti yang dah nak sampai penghujung ni... :(


SAYA DAH RESIGN!



                           (ni meja saya.. sempat curi2 ambik gambar.. huhu)

cuti semester kali ni memang panjang, oleh kerana terpanggil untuk berdikari (ececece :P) saya telah bekerja di salah sebuah kilang di kawasan industri muar.. semasa interview kerja tu dia kata nak bagi saya duduk office, design template.. jadi gaji pun ok lalu dengan confidentnye saya pun terima.. . ditempatkan di department research and development dengan position sebagai technical analysis, maka bermulalah pengalaman kerja saya yang serius buat kali kedua.... masuk seminggu kerja memang agak relax... masuk 2 minggu kerja barulah saya mengerti akan betapa susahnya nak mencari rezeki sekarang.. cuba membayangkan ayah dan emak saya yang selama ni berhempas pulas menyekolahkan 8 orang askar termasuklah saye, huhu.. duduk menghadap komputer selama 8 jam memang menyakitkan.. sakit hati satu, tambah sakit pinggang.. huhu.. jadi saya mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa baki cuti yang tinggal sebulan ni untuk berehat di rumah..


                                   ( ni gambar ambik kat mr. google je :P )

Rumahku syurgaku, jadi bulan puasa ni dapatlah puasa kat rumah.. tahun lepas berbuka dan bersahur pun dengan kawan2.. nasib ada kawan2, kalau sorang2? mesti makan nasi berulam air mata.. huhu... jadi hargailah keluarga kita selagi mereka ada.. bersyukur kerana kita masih dapat menikmati hidup berkeluarga, dan jangan lupa akan mereka yang lebih memerlukan.. salam ukhwah :)

cuba klik link ni ye, nak download video, tapi broadband macam siput lak, huhu :

Saturday, July 16, 2011

secangkir embun "part 2"




Satu tamparan hinggap di pipi sofea menyebabkan sofea jatuh tersungkur.. sofea mengerang kesakitan, dia tidak menyangka ayahnya sanggup bertindak buas terhadap satu-satunya anak yang ayahnya ada. butir-butir air mata mula terbit taktala sofea masih termangu-mangu akan apa yang sudah dilakukannya sehingga ayahnya sanggup menamparnya. Sofea cuba mengigihkan kakinya untuk berdiri dan menghadap ayahnya, Dia mengusap pipinya yang mulai kemerahan dan memberanikan diri untuk bersuara “kenapa, kenapa ayah tampar sofea?”, suaranya terketar-ketar jelas menunjukkan rasa takut dan sedih bercampur-baur dalam dirinya. Pak Yahya yang sudah sedia berang bertambah marah dengan pertanyaan Sofea. “ini topi jantan mana yang ko bawak masuk rumah aku ni!!” ayahnya membentak sambil melemparkan topi berwarna merah hati kepada Sofea. Sebaik terpandang topi yang dilemparkan ayahnya, Sofea mula tersedar ‘Ya Allah, kenapa aku boleh lupa topi Irfan ni!!’.. dia mula mengimbas kembali kejadian petang sebelum ayahnya pulang, Irfan anak mak Iffah ada datang menolongnya mencabut ubi kayu untuk direbus dan mungkin topi yang dipakai pemuda itu tertinggal sewaktu Sofea menghidangkan teh panas di pangkin rumahnya. Fikiran sofea mula tidak keruan memikirkan ayahnya akan mengamuk kalau mendapat tahu topi bewarna merah hati itu kepunyaan Irfan. Bukan sofea tidak tahu akan betapa bencinya perasaan ayahnya kalau ada lelaki yang berani menegur sofea, lagi-lagi jika lelaki itu adalah Irfan, anak mak Iffah. Pernah sewaktu sekolah rendah dulu, Irfan bermain bersama sofea di pinggir sempadan kebun ayahnya sehingga lewat petang, entah bagaimana, bahu sofea terkait duri kawat yang menjadi batu sempadan kebun ayahnya sewaktu hendak pulang ke rumah hingga menyebabkan luka yang agak dalam, sebaik sahaja ayahnya mendapat tahu akan insiden terbabit, ayahnya mengamuk bagai orang hilang akal, menghunus parang dan terjerit-jerit di luar rumah mak Iffah. Nasib baik la waktu itu imam Hamka ada dirumah, ayah irfan yang merupakan imam di kampong ini yang menenangkan ayahnya sehingga semuanya reda... ***
Dari riak muka ayahnya, sofea seakan dapat membaca tragedi buruk yang akan berlaku, BAMM!!, sofea tersentak, ayahnya menendang pintu almari pakaianya sehingga terkopak.. dengan tidak semena-mena rambut sofea ditarik sehingga mukanya bertemu dengan muka ayahnya, “aku Tanya lagi sekali, itu topi jantan dayus mana!!”.. “ya Allah, ayah, bawak mengucap ayah, sofea mintak maaf ayah..” dengan tersedu-sedu sofea cuba mengharapkan sisa ehsan dari ayahnya.. “aku pergi kerja nak bagi ko makan, ko boleh bawak jantan balik rumah ni!!” sekali lagi terhambur kata-kata amarah dari pak Yahya, “aku tau mana nak cari bedebah ni!” bagai orang yang hilang akal, pak Yahya melepaskan genggaman rambut sofea dan terus ke dapur ,menggeledah almari kayu di bawah tempat memasak dan terus mencapai apa yang dicarinya, sebilah parang panjang yang sudah bersompek dan berkarat terus menuju keluar rumah. Sofea yang masih terkejut akan perangai ayahnya yang seumpama dirasuk hanya mampu menadah tangan berdoa akan keselamatan Irfan dan mak Ifah, air matanya yang sudah tidak mampu dibendung mengalir deras dan ungkapan yang mampu terucap di bibirnya kala ini “Ya Allah,........ mak tolong sofea mak... sofea takut”...****


Sunday, July 10, 2011

tipu sana.. tipu sini....

Assalamualaikum... :)
kalau lah korang baca suratkhabar ngan tengok brita TV apa agaknya yang hot sekarang eh??
mesti cerita pasal kaler kan.. kaler kuning la.. kaler merah la..
tambah lagi cerita seks, buat penambah rasa.. sampai jadi cover page surat khabar lagi..
best kan hari-hari tengok berita macam ni..

adalah satu kisah penipuan dua orang sahabat... nak dengar?
seorang nama Ali dan seorang lagi namanya Abu..
Ali cerita kat abu yang dekat kampung dia ada sebatang sungai yang mana kalau nak tangkap ikan cuma kaut pakai tangan je sebab ikan banyak...
Abu yang dengar pun tak nak kalah lalu cerita yang sungai kat kampung dia kalau nak ambik air buat mandi kena kuak ikan ketepi baru boleh ceduk air... sebab ikan banyak sangat.. begitu dasyat cerita si Abu...
jadi kita dengar je dah boleh agak kan?

pemahaman tentang sesuatu situasi sebenarnya memerlukan pelbagai aspek...
dan yang paling penting ialah kita dengar kepada kedua-dua pihak..
tidak adil rasanya untuk kita melihat dengan hanya melihat pada satu arah sahaja, lagi-lagi apabila cerita satu arah tu boleh dipertikaikan kesahihannya.. dan jangan terlalu emosi untuk menghukum orang lain.. kita bukan siapa-siapa hendak menilai sesuatu yang bukan berada dalam bidang kuasa kita..

wAllahualam.. sekadar berkongsi ^^

Friday, July 8, 2011

hilang..

Pernah aku berfikir di suatu sudut pemikiran yang tiada noktah...
dalam dunia meniti arus globalisasi...
manusia berlumba-lumba merencana ilmu di titian paradigma sains dan teknologi...
dunia yang kita singgah ini, menuju ke arah fasa modenisasi dan arus pembangunan atas dasar nama perubahan sejagat.....

namun....
manusia sering lupa...
 manusia selalu alpa...
manusia terkadang terlalai....
akan elemen kemasyarakatan yang kian luput ....
warisan generasi zaman berzaman yang selama ini menjadi kayu sokongan dilitupi kononnya yang dinamakan permodenan...

aku cuba mengutip sisa-sisa kekuatan .... mendalami permasalahan social masyarakat yang kunjung tiba....
dimanakah hilangnya adab dan kesantunan yang dahulunya menjadi lontaran masyarakat dalam kehidupan penuh ruang dan liku ini...
adakah masyarakat mula tidak endah akan percaturan yang semakin menampakkan kebinasaan ini?
Atau masyarakat sekarang sudah jelas untuk menjaga perihal diri sendiri?
Tanpa mempedulikan apa yang berlaku disekeliling mereka?

Kini Lihatlah....
Generasi yang sepatutnya menjadi pemangkin paksi nilai kemasyarakatan..
Diracuni budaya hedonism....
Dibiarkan mati di lembah kemaksiatan...
Disogokkan dengan pemikiran yang jumud....
Persoalan demi persoalan menerpa mengharapkan jawapan yang lahir di minda...
Siapa yang akan menerajui tampuk pemerintahan Negara?
Siapa yang akan merangka susun atur pembangunan masyarakat?
Siapa siapa siapa?!!
 jika tidak generasi kita!!
Adakah kita mahu melihat bangsa dan Negara kita diheret bersama-sama ke lembah kehancuran ini..

Jadi....
Mari kita salut kembali minda ini dengan adunan nilai kemasyarakatan....
Cuba kita bina kembali ikatan ukhwah ini bersama jalinan kesetiaan..
Agar nilai masyarakat kembali bertaut..
Menjadi asas pembinaan Negara bangsa yang lebih dinamik..
Menerajui armada kejayaan yang lebih bermakna....
Kita tinggalkan lohong kegelapan dalam lipatan sejarah...
menjadi iktibar untuk kebaikan bersama...

Thursday, July 7, 2011

AKU & 24HRS L.I.A_D.I.Y


Assalamualaikum w.b.t... ini first time tergerak hati cuba masuk contest yang disponsor oleh bloger lain.. :)  jadi entry kali ini berkenaan masa seperti yang tertulis di tajuk atas nun sebagai salah satu syarat oleh PC..  :)


Dunia... berputar mengelilingi mentari, siang berganti malam, hari berganti hari dan seterusnya ia berpanjangan... hampir ke hujung usianya ia akan masih bergerak seiring perlakuan manusia... sehinggalah ia berhenti membawa bersama segala isi di dalamnya...

"masa itu emas"... "demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian"
manusia.. pelbagai ragam dan pelbagai sifat.. dan salah satu sifat yang paling digemari ialah suka BERTANGGUH.. sifat yang akan menyebabkan kita hilang peluang di depan mata... kerana peluang tidak selalunya datang untuk kali kedua.. Sebagai seorang pelajar terutamanya, budaya bertangguh merupakan suatu kebiasaan yang cuba dibiasakan oleh kebanyakan pelajar.. terutamanya ketika menyiapkan tugasan.. dan akhirnya tugasan yang diberi tidak dapat disempurnakan dengan baik dan mulalah mereka menyalahkan bebanan kerja yang banyak dan masa yang terhad, sedangkan masa dan ruang yang ada dibiarkan begitu sahaja dengan aktiviti kosong yang tidak membuahkan apa-apa manfaat... begitu juga dengan ibadah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan.. ia tidak akan sempurna jika kita ingin meneruskan sikap bertangguh ini...

budaya ini seolah-olah sudah merebak dalam masyarakat kita dan ada unsur-unsur berbentuk hiburan yang cuba menerapkan sifat BERTANGGUH ini... percaya atau tidak, berapa ramai umat Islam yang akan terus menunaikan solat ketika mendengar seruan AZAN? atau hendak ke masjid untuk berjemaah?? ......
mungkin salah satu puncanya ialah apabila kita terlekat di hadapan "kotak hiburan" ciptaan barat... bagaimanalah kiranya apabila satu hari nanti, sekeluarga berjemaah di depan tv dengan kartun shin chan dan doraemon sedang beraksi.. Nauzubillah...

pesanan untuk diri ini dan sahabat.. salam ukhwah ^^


"masa yang berlalu jadikanlah ia sebagai pengajaran dan panduan kerana masa sekarang adalah anugerah yang tidak ternilai, genggamlah ia dan kejayaan InsyaAllah milik anda, di dunia dan akhirat"

Monday, July 4, 2011

retakan hati disebalik ukiran senyuman

selangkah aku mengikut rentak arus... di dalam denai realiti ini....
selangkah aku maju walau luka yang aku bawa...
memikul bebanan harapan demi kebahagiaan ibunda...
walau emosi ini tercalar... terpalit kedukaan.... aku maju...

mungkin ini kekhilafan lampau aku...
cuba menyambut lambaian keikhlasan mu...
membawa aku ke demensi berbeda.... 
cuma benarkah langkah kaki aku ini... kemana penghujungnya cerita ini?...
aku perlukan peta nasihat.. menunjuk arah didalam kesamaran jiwa ini..
aku tersenyum disebalik retakan hati...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...