Thursday, July 7, 2011

AKU & 24HRS L.I.A_D.I.Y


Assalamualaikum w.b.t... ini first time tergerak hati cuba masuk contest yang disponsor oleh bloger lain.. :)  jadi entry kali ini berkenaan masa seperti yang tertulis di tajuk atas nun sebagai salah satu syarat oleh PC..  :)


Dunia... berputar mengelilingi mentari, siang berganti malam, hari berganti hari dan seterusnya ia berpanjangan... hampir ke hujung usianya ia akan masih bergerak seiring perlakuan manusia... sehinggalah ia berhenti membawa bersama segala isi di dalamnya...

"masa itu emas"... "demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian"
manusia.. pelbagai ragam dan pelbagai sifat.. dan salah satu sifat yang paling digemari ialah suka BERTANGGUH.. sifat yang akan menyebabkan kita hilang peluang di depan mata... kerana peluang tidak selalunya datang untuk kali kedua.. Sebagai seorang pelajar terutamanya, budaya bertangguh merupakan suatu kebiasaan yang cuba dibiasakan oleh kebanyakan pelajar.. terutamanya ketika menyiapkan tugasan.. dan akhirnya tugasan yang diberi tidak dapat disempurnakan dengan baik dan mulalah mereka menyalahkan bebanan kerja yang banyak dan masa yang terhad, sedangkan masa dan ruang yang ada dibiarkan begitu sahaja dengan aktiviti kosong yang tidak membuahkan apa-apa manfaat... begitu juga dengan ibadah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan.. ia tidak akan sempurna jika kita ingin meneruskan sikap bertangguh ini...

budaya ini seolah-olah sudah merebak dalam masyarakat kita dan ada unsur-unsur berbentuk hiburan yang cuba menerapkan sifat BERTANGGUH ini... percaya atau tidak, berapa ramai umat Islam yang akan terus menunaikan solat ketika mendengar seruan AZAN? atau hendak ke masjid untuk berjemaah?? ......
mungkin salah satu puncanya ialah apabila kita terlekat di hadapan "kotak hiburan" ciptaan barat... bagaimanalah kiranya apabila satu hari nanti, sekeluarga berjemaah di depan tv dengan kartun shin chan dan doraemon sedang beraksi.. Nauzubillah...

pesanan untuk diri ini dan sahabat.. salam ukhwah ^^


"masa yang berlalu jadikanlah ia sebagai pengajaran dan panduan kerana masa sekarang adalah anugerah yang tidak ternilai, genggamlah ia dan kejayaan InsyaAllah milik anda, di dunia dan akhirat"

4 comments:

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum w.b.t..

syukran sudi join contest pc,^_^ Alhamdulillah dapat 'sesuatu' disini..teruskan bertinta hikmah.semoga Allah redha..amin.

nota PC: sebarang update terkini ttg cntst akn d update slps trikh akhir ya, syukran.^_^

Hanif Ahmad said...

wasalam.. syukran.. ^^.. InsyAllah, teruskan jua bertinta hikmah..

Pendamba Mawar said...

header gerak2 lawa

baby said...

wah3~

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...