Sunday, December 19, 2010

Harga sebuah kasih sayang

Sedang saya cuba untuk melelapkan mata pada suatu tengahari yang terik, terdengar beberapa kali suara sayup2 memberi salam. Dengan rasa berat, saya menuju ke tingkap menjengah siapakah gerangan yang memberi salam itu. Dapat saya lihat dengan jelas susuk tubuh yang dimamah usia, seorang wanita dalam usia awal 60an dengan sebuah troli yang sarat dengan barang2.. "Dik, emak ada kat rumah? makcik ada jual kerepek, kain, dengan tikar ni.".. waktu itu memang emak saya tiada di rumah, jadi saya membuka pintu lalu mempelawa makcik tadi duduk berteduh sebentar di hadapan beranda rumah. Saya tidak dapat membayangkan bahawa wanita tua ini menolak troli yang sarat dengan bebanan pada waktu tengahari yang terik dari satu rumah ke satu rumah. timbul rasa kasihan yang teramat lalu dengan ikhlas saya membeli beberapa baranganya dan dengan senyuman yang manis makcik itu mengucapkan terima kasih lalu berlalu ke rumah sebelah. Waktu itu saya memandang wanita tua itu sehingga dia hilang dari pandangan dan tanpa sedar air mata mengalir tanpa dipaksa. senyuman manis yang dilemparkan wanita tadi seolah2 menyimpan seribu satu duka yang cuba disembunyikan. persoalan demi persoalan menerjah dalam diri saya. dimanakah anak2 nya? kenapa wanita tua ini terpaksa mencari rezeki dengan cara yang tidak sesuai dengan umurnya?... Waktu ini sepatutnya wanita tua ini sedang beristirehat di rumah dengan melayan karenah cucu2 nya. Namun, saya tinggalkan persoalan itu terawang tanpa jawapan.
Benarlah kata orang tua2 bahawa, seorang ibu boleh menjaga 9 orang anak, akan tetapi 9 orang anak belum tentunya mampu menjaga seorang ibu.. Rentetan dari peristiwa yang saya alami, saya ada terbaca sebuah lagi paparan masyarakat yang tidak menghargai kasih ibu dan bapa di sebuah akhbar tabloid ramadhan yang lalu, dimana ibu dan ayah yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam membesarkan anak telah dipinggirkan ke rumah orang2 tua. Dalam waktu hendak menjengah perayaan aidilfitri, si ibu dan ayah dikunjungi si anak yang telah lama meninggalkanya.. terlalu gembira hati kedua2 orang tua itu kerana menerima kunjungan anak yang telah meletakkan mereka di rumah terbabit. Mereka dengan linangan air mata tentunya mengharapkan si anak membawa mereka pulang untuk merayakan hari raya bersama2.. tapi apakan daya, dengan berbekalkan setin biskut, si anak memusnahkan harapan mereka. Tidak dapat sya bayangkan betapa hancurnya hati si ibu dan bapa, tiada lagi ungkapan mesra yang terukir di bibir anak yang selama ini ditatang sehingga ke menara gading. Si ibu melutut merayu dan melihat anaknya berlalu pergi tanpa sepatah kata kemaafan.. Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan seumpama begitu. Hati ibu tua itu dirobek2 dan mereka cuba menerima hakikat bahawa tempat itulah bakal mereka menghabiskan sisa hidup yang sepatutnya  dicurahkan sepenuh hati oleh anak mereka. Adakah pengorbanan ibu dan ayah hanya dapat dibayar dengan setin biskut?!.. hati saya begitu hiba mengenangka nasib kedua orang tua itu.. hanya doa agar terbuka pintu hati si anak dalam menrima kembali kedua ibu bapanya.. 




Ingatlah, selagi mereka ada, bahagiakan lah kedua ibu bapa kita. Jangan lah kita berasa ego. ungkapkanlah kata syang kepada mereka sebelum ibu bapa kita dijemput Ilahi.. Khas untuk kedua Ibu Bapa saya jua.. Saya sangat syangkan ayah dan emak !! terima kasih untuk segala galanya...

Saturday, December 18, 2010

wang? duit? harta?

semasa saya bekerja sambilan sebagai cashier di sebuah mini market di salah sebuah negeri di johor, terdengar pelbagai keluhan para pelanggan yang merasa terbeban dengan kenaikan harga barang dan minyak baru2 ini. kenaikan harga gula dari rm1.90 kepada rm2.10 sememangnya agak membebankan terutamanya mereka yang menjaja kuih muih yang berbekalkan sebuah meja dan payung di jalanan. Setinggi mana pun harga melambung, mereka tetap akan terus membeli kerana keperluan walaupun ia dikurangkan kepada kadar yang lebih sedikit. Oleh kerana itu ada yang sanggup bekerja lebih masa, melipatgandakan usaha lebih luarbiasa dari biasa bagi menampung keperluan yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
Dalam pada itu, cuba kita berfikir sejenak akan matlamat kita hidup di muka bumi Allah ini khasnya. Dan saya sedar yang tidak terkecuali diri saya sendiri, kita cuba untuk mengejar harta dan wang dengan meletakkanya sebagai ''priority'' yang utama berbanding hal2 yang lain yang lebih penting dalam membawa bekalan kita di alam yang akan semua benda hidup alami pada suatu hari nanti. Nauzubillah, adakah kita sudah bersedia untuk menjawab persoalan yang akan diajukan? adakah kita bersedia untuk merasa alam yang tidak dapat dinafikan kedatanganya? .. perjalanan dalam pengembaraan ini tentunya memerlukan keimanan dan istiqomah yang berterusan.. setiap insan mempunyai tanggungjawab dan tugas yang perlu dilakukan dan janganlah kita anggap ia sebagai bebanan selagi ia tidak lari dari aras syariat yang ditetapkan.. mulakan setiap apa yang kita lakukan hanya kerana yang esa.. Salam Ukhwah....

sahabat dan teman

Dalam kita menyelusuri kehidupan ini, selain daripada keluarga, teman dan sahabat lah yang cuba mencorakkan jalan yang kita lalui. Mustahil untuk kita mengharungi kehidupan ini jika kita tiada siapa yang boleh memberi nasihat, tempat kita berkongsi masalah, berkongsi saat gembira dan pentingnya dalam memilih teman yang boleh membantu diri kita kehadapan dengan dorongan dan sikap yang ditunjukkan oleh teman kita dan bukannya atas dasar mengambil kesempatan. begitu berharganya seorang insan yang begelar sahabat dan teman dalam membina jalinan ukhwah yang diikati dengan niat kerana Allah tentunya. Dalam zaman penjajahan budaya hedonisma sekarang, sudah tentunya kita memerlukan kekuatan dalam menepis segala bentuk serangan mental ini dan semestinya, peranan sahabat diperlukan dalam mengharungi gejolak ini setelah kita berjauhan dengan keluarga. Ingin saya menceritakan pengalaman sewaktu saya mengikuti kem pemimpin pelajar anjuran pejabat pelajaran negeri empat tahun dahulu. sewaktu itu saya telah dipertemukan dengan seorang sahabat yang mempunyai karisma yang seolah2 telah memberikan saya semangat untuk lebih maju kehadapan. gaya petuturan dan sikapnya yang berhemat memberikan rasa malu pada diri ini. saat itu, seolah2 ada picu yang telah tergerak dalam minda saya untuk lebih memahami keduniaan ini bersama adunan syariat Islam tentunya yang telah dipelajari sejak kecil lagi. sahabat sejati sukar dicari, bijaknya diri kita dalam menentukan sahabat dan teman agar sama2 memperoleh manfaat dalam pencarian ilmu yang tidak berpenghujung.. salam ukhwah...

Thursday, December 16, 2010

Cuba mencari harapan di sebalik timbunan karya picisan

http://www.youtube.com/watch?v=xiwsYOZeHFo
link ke trailer Hikayat Merong Mahawangsa

Daripada kegemilangan studio perfileman jalan Ampas sehinggalah sekarang. Industri perfileman negara kita tidak pernah menunjukkan keseragaman perjalanan di dalam industri ini. dengan peredaran zaman dan globalisasi yang berlaku, penerbit dan pengarah filem perlu menyuntik elemen yang segar dalam menambat hati penonton untuk menonton karya mereka yang seringkali ditenggelami dengan kebanjiran filem dari luar. keadaan ini memberikan tekanan yang hebat sehingga ada yang melakukan kontroversi dalam meraih perhatian penonton dalam karya mereka. Jika kita lihat perjalanan dalam industri perfileman negara kita sekarang kita dapat lihat yang kita sering dihidangkan dengan genre filem yang hampir sama iaitu  filem hantu dan tahyul, genre komedi plastik sarkas dan genre gengsterisma yang mengambil adegan generasi muda dalam masalah sosial seperti rempit dan pelacuran. apa maknanya semua ini apabila kita seolah diperbodohkan dengan karya-karya minda kelas ketiga ini. dengan plot yang lemah dan seolah2 sikap hendak dan tidak hendak pengarah yang bertanggungjawab, seterusnya mereka mengharapkan pulangan jutaan ringgit?.. ini yang perlu diubah agar kita tidak lagi dimomokkan dengan filem skeptikal seperti ini.
Namun, tidak semua seperti itu. pujian harus diberikan kepada syarikat Les Copaque yang mana penerbitan filem animasi Upin dan Ipin dengan bajet rendah mampu dalam memberikan persembahan berkualiti dan sarat dengan unsur tauladan serta menghiburkan. langkah awal syrikat yang dianggotai oleh selebriti adik beradik iaitu KRU Studio juga perlu diberi pujian kerana penghasilan teknik2 CGI dalam filem yang mereka arahkan dan yang terbaru, filem epik fantasi Hikayat Merong Mahawangsa telah terjual hak tayangan di 60 buah negara dan kita harus berbangga dengan perkembangan itu. Masyarakat Malaysia terutamanya lebih seronok dalam tayangan filem yang bercorak non patriotisme, dimana pengarah terkenal Shuhaimi Baba telah mengarah beberapa filem berkualiti patriotisme yang kurang mendapat sambutan seperti Hati Malaya. mungkin ada kesilapan dalam mempromosikan filem bergenre ini atau masyarakat Malaysia amnya memang tidak berminat dalam menyulusuri sejarah bangsa dan tamadun sendiri.. wallahualam..  selamat menonton.. :)

Wednesday, December 15, 2010

Bertuahnya Bumi Malaysia



Sedang asyik saya menukar-nukar siaran televisyen petang tadi, tumpuan saya beralih pada siaran RCTI iaitu salah satu siaran di televisyen Indnesia. Oleh kerana kedudukan geografi di selatan tanah air yang berdekatan dengan negara jiran, dapatlah kami merasa tempias siaran televisyen dan radio negara berkenaan. Rancangan yang menarik perhatian saya itu berjudul MINTA TOLONG, yang mana ia merupakan rancangan realiti seolah olah seperti rancangan Bersamamu di TV3. Akan tetapi ada kelainan sedikit pada program ini dimana terdapat pelaku yang berkerjasama dalam rancangan ini meminta tolong dari orang ramai dan sesiapa yang menolong akan diberi hadiah ataupun wang ringgit. pada episod kali ini, si pelaku merupakan seorang nenek tua yang menjual sebakul arang agar dapat membeli susu untuk cucunya yang sudah 2 hari tidak menyusu. sungguh meruntun hati apabila seorang nenek tua yang apalah kudratnya berjalan kaki merayu orang ramai membeli arang yang dijual. akan tetapi tiada siapa yang menghiraukan perempuan tua itu.. akhirnya, perempuan tua itu memujuk dan menceritakan masalahnya kepada seorang penjual bakso agar membeli arangnya dengan niat untuk membeli susu buat cucunya, dan saat ini air mata lelaki saya tidak dapat ditahan apabila penjual bakso yang lebih kurang senasib dengan perempuan tua itu dengan ikhlas membeli arangnya walaupun duit yang diperolehi daripada menjual bakso untuk menyara anak-anaknya tidak mencukupi buat dirinya.. disini lah saat apabila salah seorang krew rancangan ini memberikan wang kepada wanita itu kerana menolong perempuan tua itu tadi dan dengan spontan, wanita penjual bakso tadi menangis tanpa henti mengucapkan rasa syukur pada Allah... saya begitu kagum dan terharu melihat keikhlasan yang sungguh lahir dari hati penjual bakso itu..  keadaan kemiskinan secara realitinya di Indonesia sering dibayangi dan seolah olah cuba ditutup oleh paparan media dengan sinetron-sinetron dan gaya hidup selebriti yang mewah tanpa sedar, ramai yang menderita akibat kemiskinan yang begitu tegar. betapa bersyukurnya kita di bumi bertuah ini kerana fenomena seumpama ini tidak berlaku. jika kita berasa akan kesusahan ataupun mempunyai masalah atau menepuh kegagalan, cubalah kita merenung sejenak akan ada lagi insan yang lebih menderita dari kita. Allah sentiasa ada untuk hambanya yang memerlukanya, dan janganlah kita hanya cuba mengingati Allah apabila ditimpa kesusahan sahaja.. peringatan untuk diri dan taulan..

Sunday, December 12, 2010

Legasi Pahlawan





PROTON telah memperkenalkan kereta konsepnya yang dinamakan sempena 5 pahlawan Melaka pada pameran motor antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang telah melabuhkan tirainya. Ini merupakan langkah awal permulaan PROTON dalam memberikan saingan walaupun KLIMS yang berlangsung agak hambar dan kurang meyakinkan serta dicalari dengan model2 yang berpakaian agak menjolok mata... -_-''

SUJU dan WONDER GIRLS

ketika ini fenomena yang dibawa oleh selebriti dari korea umpama meledaknya bom jangka yang mendapat tempat dalam generasi kini terutamanya remaja dan gadis-gadis yang mendambakan nafas baru dalam memuaskan diri melalui irama pop dan drama yang sering dibarisi aktor dan aktress yang kacak dan segak.
Bukan hiburan yang dilahirkan dari negara korea itu yang ingin saya utarakan, akan tetapi tentang betapa kehadapanya negara itu berbanding negara seangkatanya yang sama-sama berhadapan konflik ekonomi sewaktu masa dahulu. dimana pernah sewaktu masa dahulu pendapatan perkapita negara itu empat kali ganda lebih kecil dari negara kita Malaysia. bagaimana negara yang dahulunya tidak mempunyai sebarang sumber mentah boleh melonjak kehadapan melalui revolusi dan meningalkan rangka pembangunan negara kita?. persoalan itu mungkin terjawab dengan pendidikan yang ketat yang telah diterapkan kepada generasi muda negara terbabit dan melalui pelan ekonomi mereka, Korea Selatan memacu kehadapan tanpa menoleh kehadapan dengan meninggalkan kita di barisan belakang. perlu diingatkan bahawa KDNK per kapita kita pada masa sekarang ialah sekitar AS$ 6975 dan KDNK perkapita Korea Selatan sudah berada pada petak hadapan dengan keluaran sekitar AS$17,078.
Negara yang berjiran dengan rejim komunis itu juga mempunyai perusahaan automobilnya yang tersendiri iaitu jenama Hyundai, automobil pertama yang dibina pada tahun 1975 oleh negara terbabit yang tidak dapat disangkal sudah menempah kemasyuran tersendiri dalam pasaran dunia. Berbanding jenama tempatan iaitu Proton yang masih mencuba untuk menempatkan diri dalam pasaran antarabangsa.
jika difikirkan, negara kita dahulunya mempunyai bnyak ruang dan kelebihan berbanding negara terbabit. akan tetapi, hakikatnya kita masih jauh ketinggalan. masih ada kesempatan dalam memperbaiki ini semua dengan meneladani lipatan sejarah. jangan takut mengambil risiko, jangan takut berguru dengan sejarah. sejarah tidak akan membina masa depan dengan lebih baik dengan sendirinya. akan tetapi, pemahaman yang maksimum tentang sejarah akan memberikan hasil yang terbaik dalam perangkaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. dengan Istikomah dan azam yang tinggi, tidak mustahil Malaysia akan maju kehadapan.. INSHALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...