Monday, January 10, 2011

Secangkir Embun part 1


Kedinginan hembusan angin malam pada hari ini tidak seperti selalu, seolah-olah dapat menangkap akan betapa dinginnya hati sofea ketika ini. Sofea cuba memujuk dirinya untuk melepaskan apa yang terbuku di hati dengan memandang ke lautan bintang-bintang yang bertaburan ciptaan Ilahi.surat tawaran yang baru diperoleh dari pak said pagi tadi digenggam seeratnya. ‘Alangkah bagusnya jika ibu masih ada’, getus hati kecilnya cuba untuk menenangkan dirinya kala ini. Namun, lamunan sofea terhenti apabila dia menyedari bunyi motor ayahnya pak yahya menuju ke rumahnya, menyebabkan sofea bingkas bangun dan mempercepatkan langkahnya menuju ke dapur. Sofea merupakan satu-satunya anak tunggal pak yahya dan setiap langkah dan gerinya akan diperhatikan dan diawasi. Sofea tahu apabila ayahnya pulang ke rumah saja, dia perlu melayani karenah dan tuntutan ayahnya yang sering membuatkan sofea berharap supaya malam akan cepat melabuhkan tirainya. *** sofea memetik dapur gas untuk memanaskan lauk serta menceduk nasi ke pinggan, selesai sahaja berbuat demikian, sofea menuju ke ampaian di anjung rumahnya untuk memberikan tuala kepada ayahnya. Pak yahya merengus dan menyentap tuala dari tangan sofea dan terus menuju ke perigi di belakang rumahnya. Sofea sudah masak akan perangai ayahnya yang tidak suka menunggu terlalu lama, dan pernah sewaktu sofea bersekolah dahulu dia lewat pulang akibat mengulangkaji di rumah mak ifah bersama-sama irfan menyebabkan dia dibelasah teruk oleh ayahnya menggunakan salur getah sehingga berbirat belakangnya. Sofea meraba belakang badannya dan serta merta teringatkan arwah ibunya. Ibunya meninggal dunia sewaktu sofea berumur 9 tahun akibat penyakit kanser kolon, sewaktu itulah jirannya, mak ifah sering menjaga ibunya sehingga ibunya dijemput ilahi. Air mata mula bergenang di kelopak mata sofea menyebabkan sofea mengesat matanya dan terus ke biliknya. Tanpa mak ifah, tidak tahulah apa nasib yang akan terjadi kepada dirinya. Perempuan tua itulah yang sering memujuk dan menenangkan hatinya jikalau dia terguris dengan sikap ayahnya, dan sudah tentulah anak mak ifah sendiri, irfan yang sering membuatkan sofea terlupa akan penderitaannya kala ini. Bibirnya mula mengukir senyuman taktala teringatkan irfan, seringkali irfan berjanji untuk melamarnya menjadi suri hatinya dan melarikan dirinya jauh dari kepompong hidupnya, jauh dari pandangan mencurigakan ayahnya. Sofea membuka almari bajunya dan menyimpan surat tawaran yang diperolehi di dalam lipatan kain, khuatir juga apabila sofea mengenangkan surat tersebut akan dijumpai ayahnya, ayahnya sama sekali akan menentang hasratnya untuk melanjutkan pelajaran kerana mahukan sofea tinggal di rumah dan menjaganya sahaja. Lagipun dia bukanlah punyai simpanan ataupun duit yang cukup untuk meneruskan cita-citanya, hatinya mula hiba bila mengenangkan semua yang terjadi kepada dirinya. Tiba-tiba, terdengar dentuman seolah-olah pintu biliknya akan tercabut dari engselnya. Sofea segera membuka pintu tersebut dan melihat wajah bengis ayahnya seperti ayahnya mahu melepaskan amarah yang sudah lama tersimpan dalam dirinya. Jantung sofea terhenti dan peluh mula membasahi mukanya........*********

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...