Wednesday, April 13, 2011

perjalanan masih jauh dihadapan..



saat ayah melepaskan tangannya dan memberikan kata-kata semangat kpadaku,
aku lihat matanya mula berkaca dan tanpa dapat ditahan, air mata berguguran.. gembira bercampur terharu stelah melihat anak kecilnya yang dahulu dibimbing sudah mampu berdiri sendiri dan melangkah ke alam Universiti yang selama ini diimpikan.. dan bermulalah kehidupan aku di bumi Sarawak yang cukup unik ini.. sebagai seorang mahasiswa dn pencari jati diri seorang muslimin..

sungguh bertuah berada di bumi kenyalang ini.. tidak lekang senyuman dan tunjuk ajar dari rakan-rakan yang baru dikenali.. walau berbeza agama dan bangsa ia tidak menghalang salam ikatan ukhwah yang sangat bermakna .. kemesraan yang terjalin antara kami dan perjalanan diri ini dalam fasa baru sedikit sebanyak melarikan pandangan jiwa ini terhadap kampung halaman dan tentunya ibu dan ayahku.. sesungguhnya pengalaman ini mendewasakan aku.. ungkapan terima kasih tidak mampu dlam menungkapkan akan betapa bersyukurnya aku kerana mempunyai teman-teman yang hebat..

sedar tidak sedar.. sudah hampir 2 semester berlalu dengan aku merasakan baru semalam aku menjejakkan kaki ke UNIMAS ini... pelbagai pahit dan getir, suka dan duka telah dilalui... namun ak masih sperti dulu.. walau diri ini lbih kuat dari dahulu.. namun ak masih bimbang.. bimbang untuk bertahan.. kerana iman ini senipis kulit bawang.. hanya doa yang ak hamparkan agar diri ini maju dan terus maju tanpa menoleh ke belakang dan biarkan ksilapan dahulu tersimpan kemas dlam lipatan memori... kerana ak mahu menghadiahi kejayaan kpada ibu dan ayahku.. tidak ak mahu melihat tangisan kedukaan dri mereka tetapi tngisan kegembiraan atas kejayaan yng ak ingin berikan....... 

kini aku masih merenung di penjuru kehidupan...
mencari sisa-sisa kekuatan dalam keindahan ukhwah yang terjalin...
masih adakah ruang untuk diri ini menampal retakan iman dlam kesamaran..
aku hanya bersujud kepadaMU YA ALLAH.....................................................................


3 comments:

ezzah junsu said...

sal menangis kot baca benda ni. dahla tgh dgr lagu padamu ku bersujud. btw, puitis btol ayat ayat ni.mmg layak geng dgn attoy.

Nur Insyirah said...

Hi warga unimas. Dari fakulti mana? Tahun berapa? :)

Hanif Ahmad said...

dari FSS.. tahun 1.. salam perkenalan.. warga unimas jgak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...