Friday, April 15, 2011

terima kasih untuk jalinan ukhwah ini...

dalam meniti denai kehidupan ini...
aku cuba mengerti akan makna kedewasaan..
cuba untuk memahami dan mencari semaian keinsafan..
dalam titik noktah aku cuba menetapi akan jati diri di sebalik keegoan..

sering aku terjatuh dan terjatuh di dalam fasa noda..
cuba untuk bangkit dan berdiri kerana kehidupan ini mesti diteruskan..
akan tetapi.... Alhamdulilah...
jalinan ukhwah yang terjalin menjadi tongkat agar diri ini tidak rebah ke lembah kebinasaan..
tenunan persahabatan yang dihulur menjadi pemangkin tulang belakangku..
aku bersyukur kerana memiliki intaian kasih sebegini..
semoga ia kekal dalam kita menghadapi realiti persinggahan sementara ini...

andai aku melambaikan salam perpisahan...
ak hanya mampu bersyukur atas nikmat kurniaan MU..
syurga itu tdak layak untuk ak yang seringkali alpa...
namun bebanan neraka yang bakal dipikul tidak tertanggung oleh diri ini...
hanya hembusan doa dan harapan untuk aku terus maju kehadapan...

keluarga....... sahabat...... guru-guru......
terima kasih atas segalanya...

aku cinta....

aku rindu...

aku sayang...

aku kasih...

aku perlukan...
kamu semua.....................

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...