Thursday, August 11, 2011

Di Persimpangan Syahadah -part 1-




Jam sudah menunjukkan tepat pukul  4 pagi, hajah kalsom masih belum boleh melelapkan matanya. Ada garis kegusaran yang kelihatan dari riak mukanya, seolah-olah wanita pertengahan usia itu menyimpan seribu satu persoalan yang belum terungkai. Sambil berbaring di atas katilnya yang beralaskan cadar lusuh, hajah kalsom memandang kosong ke atas bumbung rumahnya yang tidak bersyiling dan sudah sedikit berlubang-lubang, hatinya masih tidak keruan mengenangkan kejadian di kala maghrib sebentar tadi. Kalaulah suaminya haji Esa masih ada, tentunya dia dapat mengurangkan rasa kegusaran yang bersarang di hatinya kala ini........ Dari kejauhan, sayup-sayup kedengaran suara bilal kampong melaungkan Azan menandakan masuknya waktu subuh, hajah kalsom tersentak dari lamunan dan terus beristigfar. Dia tidak menyangka krisauan di hatinya waktu ini berpanjangan sehingga masuk waktu subuh. Hajah kalsom terus bangkit dari kamar tidurnya dan menuju ke belakang rumah usang peninggalan arwah ayahnya dimana disitu terletaknya perigi tua tempat dia dan anaknya mendapatkan sumber air. Selesai mengambil wudhuk hajah kalsom terus masuk ke dalam rumahnya dan menuju ke bilik tidur Azwan, satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Dia menguak sedikit pintu bilik tidur anaknya dan pintu itu berkriut apabila ia bergesel dengan engselnya. Kelihatan sesusuk tubuh dalam samar cahaya subuh sedang mengerjakan solat. Hajah kalsom tersenyum sambil menutup pintu bilik anak kesayanganya dan terus bergegas untuk menunaikan kewajiban kepada Maha Esa.......
Kedengaran riuh rendah di kampong semaloi semakin terasa menandakan mentari sudah mula merembeskan lembayung cahayanya. Dengan bersuluhkan lampu gasoline, Azwan menyikat rambutnya di hadapan cermin sompek yang tergeletak di atas meja belajarnya. Masih terasa dingin hatinya di kala ini, seakan dinginya suhu di pagi hari. Dia mencapai beg sekolahnya dan terus ke bangsal buruk yang terletak bersebelahan rumahnya. Asalnya bangsal itu merupakan reban itik, namun setelah kematian ayahnya, ia terbiar dijadikan tempat menyimpan satu-satunya harta ayahnya haji esa iaitu sebuah motor Honda model lama yang kelihatan agak lusuh. Sebelum sempat azwan bergerak ke sekolah, ibunya hajah kalsom keluar memanggil namanya. “Wan, kenapa wan keluar macam tu je?, ibu dah buat kopi panas dengan jemput-jemput kegemaran wan macam selalu tu. Nanti lapar pulak kat sekolah”. Kedengaran suara hajah kalsom agak merintih. Azwan mengait tongkat dan menolak motornya perlahan-lahan membelakangi ibunya seolah-olah tidak menghiraukan susuk tubuh yang semakin dimamah usia itu. Hajah kalsom mula terasa hati, perkara yang paling tidak diingininya seakan mula mengambil tempat. Dengan suara yang agak beremosi hajah kalsom cuba memujuk anak lelakinya  “Wan, wan marah kat ibu ye?.. ibu mintak maaf wan, ibu bukan sengaja nak merahsiakan perkara ni dari wan. Wan kena faham, tak kira wan anak angkat atau anak kandung, ibu terlalu sayang kat wan. Wan lah tinggal satu-satunya tempat ibu mencurah kasih, ibu dah takda siapa-siapa lagi wan, ibu tak sanggup kehilangan wan, wan jangan marah dekat ibu, ibu sayang kat wan, ibu, ibu..” suara wanita pertengahan usia itu tersekat-sekat dan tanpa dia sedar benih-benih air mata sudah jatuh membasahi pipinya, tangan yang sudah menampakkan garis-garis tua itu pantas menyapu air mata yang berguguran namun ia tidak dapt membendung genangan yang semakin pantas mengalirkan air mata yang jernih..  Azwan menunggang motornya dan dengan sekali “start” enjin motor lusuh itu mula menderu, memecahkan kebeningan yang tercipta. Tanpa menoleh kearah raut wajah ibunya, azman bersuara “kau bukan ibu aku” dan dia terus bergerak menuju ke sekolah. Hajah kalsom jatuh terjelepok ke atas tanah merah yang masih lembab dibasahi embun pagi sebaik mendengar kata-kata azman. Hati ibu tua itu sudah sedia pedih dan sekarang seolah-olah hatinya bertambah pedih ditabur kaca oleh anak yang ditatang bagai minyak yang penuh. Hajah kalsom menangis semahu-mahunya bersama angin semilir pagi sehingga azman sudah tidak kelihatan lagi di hadapanya.. begitu remuk hatinya, namun dia gagahi dirinya untuk mengembalikan kepercayaan azman kepada dirinya.... >>bersambung<<

2 comments:

Shershue Sitiey said...

kene alert dengan penggunaan tanda baca, penggunaan huruf besar dan huruf kecik.. wish u best of luck :)

Hanif Ahmad said...

terima kasih sudi bagi pandangan.. awak juga ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...