Sunday, August 7, 2011

Ramadhan di bumi Somalia

Ramadhan tiba lagi. bulan mulia dan penuh keberkatan bagi umat Islam. disamping mengerjakan ibadah berlipat kali ganda di bulan ramadhan ini.. jika kita lihat di negara kita sendiri Malaysia, bulan ramadhan seakan-akan sesuatu yang dinanti-nanti. bazar-bazar ramadhan yang menjanjikan kepelbagaian juadah dibuka seawal 1 ramadhan lagi. hotel-hotel mula mengeluarkan iklan tentang buffet ramadhan yang pastinya memberikan kepuasan kepada penggemarnya.. memberikan peluang untuk umat Islam berniaga dan mencari rezeki halal.. disamping majlis-majlis berbuka puasa yang rancak disana-sini akan kedengaran sepanjang ramadhan ini..  natijahnya, kita memang dilimpahi dengan curahan kemewahan dan keselesaan sehingga kadang-kadang kita melakukan pembaziran ruang dan waktu.. mensia-siakan keadaan aman dan sejahtera di bumi bertuah ini sehingga ada pihak yang mula berani menggangu gugat keharmonian yang tercipta....

jauh disatu sudut bumi yang kontang... bumi tandus yang bernama Somalia, kanak-kanak dan wanita yang dihurungi lalat serta kurus kering beratur panjang bagi mendapatkan sesuap makanan. kebuluran serius yang berlaku di negara itu telah meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa... berbeza dengan kita yang ada di Malaysia.. sayu hati melihat sekumpulan kanak-kanak yang berkaki ayam dan dihurungi lalat beratur dengan bekas makanan yang kosong ditangan, merayu mengharap belas ihsan demi sesuap makanan... ungkapan kata-kata sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan akan derita dan kesengsaraan mereka yang tidak berpenghujung ini.. mungkin dengan mengambil iktibar kisah bumi tandus ini, kita akan lebih menghargai akan apa yang kita miliki, mensyukuri akan nikmat yang dikurniakan Ilahi...

sekilas renungan...













sebagai iktibar bersama.. Salam Ukhwah

5 comments:

is revered by you said...

bersyukur berada d malaysia..dalam bnyak perkara umat islam dah dipermudahkan.. tak da rezeki lebih ke bazaar org2 kita masih boleh ke surau2 untuk berbuka..cuma bila da terlalu senag ada pula yg mmbazir.bgs juga awak post pasal ni..jd peringatan utk semua.

Fahmi Mahat said...

no wonder ada di antara mereka jdi robin hood di Aral Sea.. it's painful~

AnakPakZohar said...

sedih dengan nasib saudara kita kat sana.. hurmm.. iktibar buat kita yang serba lengkap n sempurna dalam bulan ramadhan ni... :")

Anonymous said...

Assalamualaikum..

ambil ikhtibar.kadang2 manusia ni lupa tentang kesedihan dan penderitan orang lain apabila diri berada dizon selesa. semoga Allah merahmati sebarang bantuan yang dihulurkan kepada mereka yang perlu.amin..

btw, pemenang contest AKU & 24HOURS l.i.a_d.i.y sudah diumumkan.jom terjah.hehe

Hanif Ahmad said...

.. manusia mungkin akan lebih rasa bersyukur jika melihat ada yang lebih memerlukan..

PC: xde rezeki saya la.. huhu.. rajin2 buat contest lagi ye.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...