Thursday, December 30, 2010

Sekadar Pinjaman



Peristiwa kemalangan bas bertingkat yang mengorbankan ramai pelancong dari negara gajah putih baru-baru ini menarik perhatian ramai pihak dan dianggap sebagai yang terburuk dalam sejarah kemalangan yang membabitkan kenderaan awam terbabit. Mangsa nahas hanya meninggalkan waris mereka untuk meratapi kematian yang mereka tidak duga sama sekali.

Kematian merupakan sesuatu yang pasti bagi kita di bumi ini. Sedarkah kita bahawa segala yang kita nikmati sekarang merupakan pinjaman dan tidak bersifat abadi? Sedarkah kita bahawa kematian akan menjengah kita pada bila-bila masa sahaja? mungkin hari ini dan mungkin hari esok.. Akan tetapi, persoalan yang menjadi fokus utama kita sekarang ialah, adakah kita sudah bersedia untuk menempuh alam yang pasti itu?. Adakah kita masih ingin terbuai oleh dunia yang seringkali cuba untuk melalaikan kita? Adakah kita lebih mengutamakan pengejaran harta duniawi yang akan membutakan mata kita?.. Seimbangkanlah urusan seharian kita. Kita hidup di bumi ini untuk kita hidup di akhirat sana.. salam Ukhwah..

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].



P/S: Syukur Malaysia berjaya menamatkan kemarau 14 tahun..

Friday, December 24, 2010

Zahir tidak dapat menyatakan Batin

Selesai je mengemas barang dan pintu terakhir kedai tempat saya bekerja ditutup, saya terus mencapai kunci motor dan terus menghala ke cyber cafe sebelah untuk mencoretkan sdikit nukilan tauladan di blog ini. Takut2 juga di rumah nanti tak sempat nak buka laptop terus terlelap. huhu ^^

Bekerja sambilan di mini market sebagai cashier sememangnya agak mencabar kerana saya perlu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang kadang2 saya rasakan tak akan dapat diperolehi di tempat lain. Bermula seawal jam 2 tengahari saya akan memulakan kerja, dan sememangnya kerja sambilan ini amat menyeronokkan kerana saya akan dapat berkenalan dengan ramai orang dan seringkali pelanggan menyalah anggap saya sebagai anak "boss" dan tentunya berlaku proses tawar menawar yang mana saya sendiri tiada kuasa menurunkan harga barang sesuka hati. Ermm, macam xde kena mengena dengan tajuk kat atas kan?. Sebenarnya sepanjang saya bekerja di sana terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dan salah satu peristiwa yang baru berlaku minggu lepas ada kena mengena dengan tajuk di atas serta membuka mata saya bahawa di bumi Allah ini tiada yang mustahil dan tentunya Syaitan akan sebaik mungkin menjalankan tugas mereka untuk menyesatkan kita.

Kisah yang akan saya ceritakan ini tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. sekadar renungan dan iktibar bersama. Salah seorang pelanggan di tempat saya bekerja seringkali membeli barangan dan membayar secara berhemat. Gaya pertuturan yang sopan serta pemakaian yang menunjukkan ciri seorang yang beriman membuatkan saya hormat padanya. Tidak pernah terlepas senyuman dan salam apabila memasuki dan keluar dari membeli barangan. Dia merupakan salah seorang ahli kariah di Masjid yang berdekatan. Boleh dikatakan dia akan membeli barangan secara pukal hampir setiap hari kerana mengusahakan perniagaan makanan, dan sememangnya mini market tempat sya bekerja merupakan tumpuan bagi mereka yang berniaga restoran ataupun pengusaha makanan secara kecil kecilan. Pada suatu hari, setelah selesai dia membayar barangan yang dibeli dan berlalu pergi, datang pekerja di bahagian kaunter basah dan menyatakan adakah pakcik tadi sudah membayar harga ayam yang dibeli. saya menggelengkan kepala kerana setahu saya pakcik itu memang tidak pernah membeli barangan basah ataupun mentah. Mungkin dia lupa nak membayarnya getus hati saya. Keesokkan harinya dia membeli barangan lagi dan kali ini memang tiada barangan basah yang dibeli. setelah selesai membayar dia menuju ke kaunter belakang dan mengambil ayam dan apabila di tanya oleh pekerja di kaunter basah adakah dia sudah membayar harga ayam itu, dia mengatakan sudah. Saya terkedu dan tidak dapat berkata apa2 melainkan memanggil "boss" untuk campur tangan. Dan kebenaran pun terserlah. Hampir setiap kali pak cik tadi membeli barangan telah disertakan dengan ayam yang mana ia tidak dibayar sedangkan harga ayam yang dibeli pada setiap hari lebih kurang seratus ke dua ratus ringgit! bayangkan lah jika seminggu.. sya terdiam sebentar di tengah2 kekacau bilauan itu.. sungguh saya tak menyangka dan saya hairan mengapa dia lakukan perkara seumpama itu.. 

Jadi, bolehla saya simpulkan bahawa hendaklah kita berwaspada selalu, penampilan dan sikap yang ditunjukkan seseorang itu kadang2 tidak menggambarkan apa yang tersirat di hatinya. Tetapi janganlah kita bersangka buruk pula pada orang lain, anggaplah kita mengambil langkah berjaga2 bak kata orang buat baik itu berpada2 buat jahat janganlah sekali-kali.. sekadar renungan bersama.. salam ukhwah.. :)


Thursday, December 23, 2010

Makanan berbentuk pelik.. err korang berani makan tak?

Hari ni kita cuba untuk santai. saya dah "mengupload" beberapa makanan yang dibentuk menjadi sesuatu yang agak pelik dan ada juga yang menjijikan. Tapi, apepun diorang nih memang kreatif.. hehe

ROTI BERBENTUK ANGGOTA BADAN MANUSIA






BENTUK BINATANG







BENTUK NAJIS (erk?!, komfem x lalu nak makan)




Okeh, pas nih korang leh bentuk makanan korang jugak, tapi jangan lah wat yang mengarut ek.. takut makan nanti tekeluar balik pulak makanan tu :).. huhu

Mari Berfikir

Jika kita cuba untuk membincangkan sesuatu topik yang berkaitan dengan hal POLITIK, mungkin ada sesetengah pihak akan cuba endah tidak endah akan material yang akan dibincangkan. Secara realitinya, generasi muda kini mempunyai tahap kesedaran yang rendah dalam hal politik dan apabila ditanya mengapa, ini mungkin jawapan yang diberikan, iaitu "tidak minat", "tak tahu", "malas nak amik tau", ataupun "kurang arif". Mungkin dasar dan akta yang diperkenalkan menyekat input subjek ini ke dalam generasi muda kita dan mungkin faktor diri generasi muda kita sendiri yang memang "tak minat".
 Perjalanan politik di negara ini mempunyai pola yang mengejut setelah pilihan raya umum yang lalu. Dimana mungkin faktor luaran seperti ini yang mendorong generasi muda kita untuk menghakimi dan seterusnya menyumbang kepada pemikiran "tak minat" mereka. Ini terjadi apabila sepatutnya ahli politik yang menjadi ikon masyarakat sesetengahnya mengamalkan politik 'rimba' dan menjadikan Dewan Rakyat seolah-olah tempat perkelahian perkara yang remeh temeh. Terdapat juga sesetengah ahli politik yang lebih mementingkan akan sikap politik kepartian yang melampau dan tanpa sesetengah ahli politik ini sedar bahawa tujuan mereka menjadi sebahagian insan di dewan rakyat adalah untuk membela nasib bangsa, agama dan negara.

 Jika kita lihat akan perkara ini secara kolektif, kita akan sedar bahawa kepincangan ini masih boleh dirawat dan diberikan suntikan pemulih agar kelak, kita dapat melihat negara yang kita cintai ini membangun tentunya  dan Syiar Islam itu perlulah utuh pada diri kita. sekadar pandangan dan cetusan idea. Salam Ukhwah...

Wednesday, December 22, 2010

Penangan Kartun

Teringat suatu masa, ketika saya masih belajar di sekolah rendah lagi, awal hujung minggu kami adik beradik akan terpacak di depan televisyen menunngu rancangan 'feveret' kami Dragon Ball. Tak sah kalau tak tgok siri animasi dari jepun itu dan memang tak pernah miss untuk rancangan itu. Jika diimbas kembali gelagat kami adik beradik, saya akan tersengih sorang2 dan tentunya kenangan itu akan tersimpan diingatan sebaiknya. Pernah suatu ketika, saya menyelinap keluar melalui pintu belakang sekolah semata2 nak pulang awal untuk menonton rancangan itu. Nasib lah tak kena tangkap dengan pakcik Guard sekolah. Kadang2 kami akan berangan2 menjadi watak dalam siri animasi terbabit dan memulakan petarungan olok2 yang seterusnya menjadi pergaduhan 'budak2'. Masa tu, komfem dapat calit 3 bintang dari ayahanda tersayang. sesungguhnya memori ini memang memberikan nostalgia kepada diri saya.
Membesar dalam linkungan pengaruh animasi dan permainan dari Jepun sedikit sebanyak memberi kesan kepada kami adik beradik. Dari yang sulung dalam lingkungan umur 35 sehinggalah yang bongsu dalam umur 14 tahun. kami lapan beradik boleh dikatakan sebagai 'hardcore' animasi dan antara yang menjadi kegemaran tentunya Naruto dan One Piece.





 Tidak salah untuk menonton animasi seperti ini andai kita pandai memberikan ruang agar ia tidak menjadi sesuatu yang melalaikan. manfaatkan isi positif dan abaikan ruang negatif, agar ia tidak terbawa- bawa dalam kehidupan seharian. Sebernanya, ruang lingkup animasi tidak terbatas kepada pandangan skeptikal masyarakat iaitu animasi = kanak2. Banyak manfaat sebenarnya boleh kita perolehi sekiranya kita mampu untuk memacu industri animasi negara kita ke petak yang lebih hadapan. Animasi yang menarik dengan persembahan visual yang berkualiti dan menghiburkan tentunya dapat meraih perhatian kanak2. Isi berbentuk pengajaran dan tauladan dapat dipersembahkan dengan lebih menarik dan secara tidak langsung dapat mendidik anak2 kita. Sebagai contohnya, animasi upin dan ipin yang bernaung di bawah syarikat Les Copaque patut dipuji atas nilai dan didikan agama yang terdapat di dalam siri animasi terbabit. Ini lebih baik daripada kita melalaikan anak2 kita dengan program2 realiti kanak2 sekarang yang semakin galak yang kononnya untuk mencungkil bakat terpendam kanak2 di negara ini yang mana saya lihat ia lebih kepada pengeksploitasian kanak2. Apa maknanya apabila kanak2 sudah diajar untuk berpakaian seksi dan mengadakan persembahan berpegangan tangan dengan mereka yang berlainan jantina?!.. Nauzubillah... Moga  kita sedar dan bangkit dari lena yang panjang ini.. sekadar pandangan dan cetusan idea.. Salam Ukhwah..

Tuesday, December 21, 2010

Kenapa perlu bertudung??

mungkin gambar dibawah ini boleh menerangkannya. Sesungguhnya Allah tahu akan apa yang terbaik untuk hambanya.. Islam itu indah.. Salam Ukhwah..

Monday, December 20, 2010

Cinta Hakiki

setiap manusia tentunya mengiginkan untuk dikasihi dan mengasihi, tiada insan yang sanggup hidup keseorangan dan tentunya kita memerlukan insan yang akan setia bersama kita sehingga akhirnya. Aiseh jiwang plak harini, huhu.
Sebenarnya dalam kita mengimpikan sebuah perhubungan yang disulami dengan keikhlasan, kita sering alpa bahawa segala ketentuan telah ditetapkan oleh yang maha esa. Setiap pertemuan mengundang rasa senang dan dipenghujungnya pasti ada perpisahan yan pasti diiringi oleh air mata, dan ia bergantung kepada kita untuk redha akan setiap perpisahan yang telah diaturkan untuk kita. Dalam kita cuba mencari insan yang akan bersama kita sehingga ke akhirnya, sudah tentu kita mahukan pasangan hidup kita sesempurna yang mungkin, dari paras rupa sehinggalah ke tingkah lakunya. Tetapi sedarkah kita bahawa di muka bumi ini manusia telah diciptakan dengan pelbagai ragam dan karenah dan kesempurnaan itu tentunya hanya milik pencipta yang esa. Perlunya kita mencerminkan diri, kata orang, ukur baju dibadan sendiri. jangan lah kita mnjadi terlalu ego dengan    mengimpikan akan seseorang yang paling sempurna turun dari langit menjadi pasangan hidup kita. Dan tentunya apabila sudah memberi kata dalam perhubungan kita perlulah menjaga tatacara kita dalam perhubungan. Teringat bait2 lagu yang sering diputarkan di corong radio kala ini, "boleh pandang2, jangan pegang2, duduk renggang2, bertambah sayang".. Sangat tepat dalam merungkaikan tentang perlunya perhubungan yang seiring dengan kehendak Islam utamanya. Jadi kita perlulah mencerminkan akan peribadi yang sering disyariatkan dalam Islam dalam mempertahankan sesebuah perhubungan itu agar ia berkekalan InshaAllah... Salam Ukhwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...