Thursday, December 23, 2010

Mari Berfikir

Jika kita cuba untuk membincangkan sesuatu topik yang berkaitan dengan hal POLITIK, mungkin ada sesetengah pihak akan cuba endah tidak endah akan material yang akan dibincangkan. Secara realitinya, generasi muda kini mempunyai tahap kesedaran yang rendah dalam hal politik dan apabila ditanya mengapa, ini mungkin jawapan yang diberikan, iaitu "tidak minat", "tak tahu", "malas nak amik tau", ataupun "kurang arif". Mungkin dasar dan akta yang diperkenalkan menyekat input subjek ini ke dalam generasi muda kita dan mungkin faktor diri generasi muda kita sendiri yang memang "tak minat".
 Perjalanan politik di negara ini mempunyai pola yang mengejut setelah pilihan raya umum yang lalu. Dimana mungkin faktor luaran seperti ini yang mendorong generasi muda kita untuk menghakimi dan seterusnya menyumbang kepada pemikiran "tak minat" mereka. Ini terjadi apabila sepatutnya ahli politik yang menjadi ikon masyarakat sesetengahnya mengamalkan politik 'rimba' dan menjadikan Dewan Rakyat seolah-olah tempat perkelahian perkara yang remeh temeh. Terdapat juga sesetengah ahli politik yang lebih mementingkan akan sikap politik kepartian yang melampau dan tanpa sesetengah ahli politik ini sedar bahawa tujuan mereka menjadi sebahagian insan di dewan rakyat adalah untuk membela nasib bangsa, agama dan negara.

 Jika kita lihat akan perkara ini secara kolektif, kita akan sedar bahawa kepincangan ini masih boleh dirawat dan diberikan suntikan pemulih agar kelak, kita dapat melihat negara yang kita cintai ini membangun tentunya  dan Syiar Islam itu perlulah utuh pada diri kita. sekadar pandangan dan cetusan idea. Salam Ukhwah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...