Friday, January 21, 2011

--------always in my heart----------



its been in my life that i never felt this much....
a sincere smile that i never seen before...
seeing you for the first time make me blooming in a different way...
your smile always take a new connection that give me somehow a strength...
from that day i always seek a chance to see that smile again...
but really.. the chance that i get to seeing you just in a boundaries of a distance...
a burden of my shyness make me feel that myself being prison and chain to say it out loud to you...
and finally.....
its the greatest wound to see you with someone that i know...
trying to convince myself to forget the smile that always been in my tought...
but somehow its fail... always thinking of you make me in a dilemma...
how can i ever forget my first sight of that "smile" again...
always pray to Allah for your happiness...
and for me to step on reality...
love you....
..... ever in my life.......

Tuesday, January 18, 2011

Ruang keinsafan...



Perjalanan jauh dihadapan kita kadang-kadang mengundang persoalan, seolah-olah pengembaraan ini tidak berpenghujung. Ada masanya kita mengecapi kebahagiaan, ada masanya kita jatuh dan gagal dan ada masanya kita tercari-cari akan kebenaran yang masih samar pada pandangan kita. Pernah terlintas di hentian fikiran, ramai yang memuja dan menyanjung pabila kita berada di atas dan mengapa semasa kita jatuh dan lelah, kita merasa diri ini sendirian? Dimanakah rakan dan taulan? Di manakah penyanjung yang kita banggakan?...  adakah kita akan menyerah kalah? Adakah kita akan tunduk kepada desakan hati yang lemah?.. panjatkan doa serta harapan dan bersyukurlah kerana sebenarnya masih ada yang menyayangi kita, kasih yang kita sering alpa akan kewujudanya...

Masih terikat persoalan dalam diri, mengapa kadang-kadang diri ini lebih menyayangi akan perhatian manusia berbanding perhatiaNYA? .. perubahan itu memang menyakitkan bagi pencinta dunia sepertiku... rutin ini yang sering menjadi makanan harian hawa dan nafsu... ku cuba bernafas, menyedut isi ruangan atmosfera bumi.. dan diri ini sedar!! Nikmat kehidupan sehingga kini sebenarnya memberikan ku peluang!!  Peluang untuk menginjakkan diri ini lebih baik dari masa lalu, memberikan diri ini ruang untuk mencari jalan Allah...  ruang keinsafan memohon keampunan dari NYA... Alhamdulilah............................................................................................................................

Saturday, January 15, 2011

kematian tidak terduga

Sedang Vittorio Luise memandu keretanya berhampiran Naples, Itali, angin yang kuat tiba-tiba melanda menyebabkan kereta yang dipandunya itu tercampak ke dalam sebatang sungai. Untuk mengelakkan diri daripada mati lemas, Luise memecahkan tingkap keretanya dan berenang ke tebing sungai. Dia terselamat, tapi tiupan angin yang terlalu kuat mengakibatkan sebatang pokok yang tumbuh di tebing sungai berkenaan tumbang lalu menghempap tubuhnya. Luise mati di tempat kejadian.

-Mike Stewart, 31, berdiri ke atas sebuah trak untuk melakukan penggambaran filem tentang bahayanya jambatan yang dibina terlalu rendah. Sedang dia asyik melakukan kerjanya, trak tersebut terus meluncur laju melalui bawah jambatan tersebut. Mike tidak sempat mengelak, tubuhnya terhantuk pada jambatan berkenaan mengakibatkan diamengalami cedera parah dan seterusnya meninggal dunia.

-Tertekan kerana gagal mendapatkan pekerjaan, Romollo Ribolla, 42, duduk di dapur rumahnya di Pisa, Itali. Dia memegang sepucuk senapang dan bercadang untuk membunuh diri. Isterinya menenangkan Ribolla dan mendesak beliau supaya tidak bertindak demikian, Cubaan tersebut berhasil dan Ribolla membatalkan hasratnya itu. Selepas menangis selama setengah jam, Ribolla membaling senapang tersebut ke lantai, tapi ia meletup dan menghamburkan pelurunya. Peluru tersebut mengenai isteri Ribolla menyebabkan wanita berkenaan mati di tempat kejadian.

-Walter hallas, 31, seorang kerani sebuah stor di Leeds, England, mengalami sakit gigi yang agak teru,. Dia mengerang kesakitan, tapi takut untuk menemui doktor gigi. Untuk melegakan sakit giginya ttu, Hallas memanggil seorang kawannya dan meminta kawannya itu menumbuk ke arah rahangnya. Tumbukan padu dilepaskan, Hallas terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai menyebabkan dia meninggal dunia akibat tengkoraknya retak.

-Satu majlis memberi penghormatan terakhir diadakan di Tasik Kushaqua, New York, untuk seorang wanita yang disangkakan telah mati akibat serangan jantung. Mayat wanita itu terbujur di dalam keranda sementara orang ramai yang menziarahi wanita tersebut menangis meratapi pemergiannya. Tiba-tiba wanita tersebut bangun daripada pembaringannya menyebabkan semua yang berada di rumah tersebut terkejut besar, termasuklah adik perempuannya yang rebah dan terus tidak bangun-bangun lagi hingga ke akhir hayatnya!


-Seorang lelaki terjatuh apabila dilanggar oleh sebuah kereta di New York, Amerika Syarikat. Dia bangun semula tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Bagaimanapun, atas nasihat seseorang yang kebetulan berada di tempat kejadian, lelaki tersebut berbaring semula di depan kereta berkenaan dan berpura-pura sakit...kononnya cedera teruk akibat kemalangan itu. Tujuannya supaya dia akan mendapat pampasan daripada syarikat insurans. Malangnya, lelaki tersebut mengalami cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia apabila secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar tubuhnya.


jadi kematian adalah sesuatu kepastian yang tidak pasti. tanya diri kita, adakah sudah cukup amalan kita didunia ini?? .. salam ukhwah...

Thursday, January 13, 2011

The Other Khairul: Cara Untuk Mencari / Melihat Hantu di Malaysia

The Other Khairul: Cara Untuk Mencari / Melihat Hantu di Malaysia: "Assalamualaikum Hello gedik girls sekalian. Dan juga handsome boys. Semenjak aku menulis entri Kenapa Perempuan Mudah Kena Rasuk, aku mul..."

Monday, January 10, 2011

Secangkir Embun part 1


Kedinginan hembusan angin malam pada hari ini tidak seperti selalu, seolah-olah dapat menangkap akan betapa dinginnya hati sofea ketika ini. Sofea cuba memujuk dirinya untuk melepaskan apa yang terbuku di hati dengan memandang ke lautan bintang-bintang yang bertaburan ciptaan Ilahi.surat tawaran yang baru diperoleh dari pak said pagi tadi digenggam seeratnya. ‘Alangkah bagusnya jika ibu masih ada’, getus hati kecilnya cuba untuk menenangkan dirinya kala ini. Namun, lamunan sofea terhenti apabila dia menyedari bunyi motor ayahnya pak yahya menuju ke rumahnya, menyebabkan sofea bingkas bangun dan mempercepatkan langkahnya menuju ke dapur. Sofea merupakan satu-satunya anak tunggal pak yahya dan setiap langkah dan gerinya akan diperhatikan dan diawasi. Sofea tahu apabila ayahnya pulang ke rumah saja, dia perlu melayani karenah dan tuntutan ayahnya yang sering membuatkan sofea berharap supaya malam akan cepat melabuhkan tirainya. *** sofea memetik dapur gas untuk memanaskan lauk serta menceduk nasi ke pinggan, selesai sahaja berbuat demikian, sofea menuju ke ampaian di anjung rumahnya untuk memberikan tuala kepada ayahnya. Pak yahya merengus dan menyentap tuala dari tangan sofea dan terus menuju ke perigi di belakang rumahnya. Sofea sudah masak akan perangai ayahnya yang tidak suka menunggu terlalu lama, dan pernah sewaktu sofea bersekolah dahulu dia lewat pulang akibat mengulangkaji di rumah mak ifah bersama-sama irfan menyebabkan dia dibelasah teruk oleh ayahnya menggunakan salur getah sehingga berbirat belakangnya. Sofea meraba belakang badannya dan serta merta teringatkan arwah ibunya. Ibunya meninggal dunia sewaktu sofea berumur 9 tahun akibat penyakit kanser kolon, sewaktu itulah jirannya, mak ifah sering menjaga ibunya sehingga ibunya dijemput ilahi. Air mata mula bergenang di kelopak mata sofea menyebabkan sofea mengesat matanya dan terus ke biliknya. Tanpa mak ifah, tidak tahulah apa nasib yang akan terjadi kepada dirinya. Perempuan tua itulah yang sering memujuk dan menenangkan hatinya jikalau dia terguris dengan sikap ayahnya, dan sudah tentulah anak mak ifah sendiri, irfan yang sering membuatkan sofea terlupa akan penderitaannya kala ini. Bibirnya mula mengukir senyuman taktala teringatkan irfan, seringkali irfan berjanji untuk melamarnya menjadi suri hatinya dan melarikan dirinya jauh dari kepompong hidupnya, jauh dari pandangan mencurigakan ayahnya. Sofea membuka almari bajunya dan menyimpan surat tawaran yang diperolehi di dalam lipatan kain, khuatir juga apabila sofea mengenangkan surat tersebut akan dijumpai ayahnya, ayahnya sama sekali akan menentang hasratnya untuk melanjutkan pelajaran kerana mahukan sofea tinggal di rumah dan menjaganya sahaja. Lagipun dia bukanlah punyai simpanan ataupun duit yang cukup untuk meneruskan cita-citanya, hatinya mula hiba bila mengenangkan semua yang terjadi kepada dirinya. Tiba-tiba, terdengar dentuman seolah-olah pintu biliknya akan tercabut dari engselnya. Sofea segera membuka pintu tersebut dan melihat wajah bengis ayahnya seperti ayahnya mahu melepaskan amarah yang sudah lama tersimpan dalam dirinya. Jantung sofea terhenti dan peluh mula membasahi mukanya........*********

Friday, January 7, 2011

Tinta Kasih

Duduk berhadapan tingkap menyaksikan bumi dibasahi hujan menyebabkan saya mengelamun sebentar teringatkan kampung halaman. Terasa sayu hati apabila suara emak dan ayah masih terngiang ngiang seperti baru semalam saya melangkah masuk untuk berlepas ke tempat baru ini dan kalau diikutkan perasaan, sudah pasti saya akan menuju ke lapangan terbang untuk ke kampung halaman. Tapi apakan daya, perjuangan disini belum selesai dan tanggungjawab ini akan cuba dipikul sebaiknya.

Mungkin apabila kita berbicara tentang seorang lelaki dewasa yang sentiasa begitu rapat dengan ibunya akan ada segelintir insan yang akan mencebik dan menuduh mereka sebagai "anak emak". Tidak kurang dari itu, mereka juga sering dilabel sebagai anak manja dan tidak mampu untuk berdikari apabila insan yang bernama emak, umi, mama, ibu tiada di sisi. mentaliti stereotipikal ini juga seolah olah berterusan dan ada wanita yang mengelak untuk mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki yang dilabel sebagai anak emak ini. Jadi di mana salahnya jika kita menyayangi dan kasih akan seorang insan yang bernama ibu?. Mungkin ada kes terpencil yang sering menjadi bahan momokan oleh masyarakat kita bahawa lelaki jenis ini tidak pandai berdikari dan membuat keputusan, akan tetapi, seorang ibu hanyalah mahukan yang terbaik untuk anak anaknya dan tiada yang sanggup melihat anak yang dibesarkan menjadi seorang yang tidak mempunyai hala tujuan dan lebih parah lagi sebagai sampah masyarakat. sesungguhnya kasih ibu tiada berpenghujung.

Namun, jika kita lihat paparan media tentang kes pembuangan bayi yang semakin tidak terkawal, kita boleh agak bahawa dunia ini sudah hampir di penghujungnya. Bagaimana seorang ibu sanggup membuang dan mencampakkan bayi yang dikandung selama sembilan bulan seolah olah ia adalah sampah dan perlakuan menjijikan ini mungkin haiwan sendiri tidak akan melakukannya?.. Pendedahan demi pendedahan dibongkar oleh media baik aliran perdana mahupun badan bukan kerajaan. Dan keadaan ini masih berterusan walaupun 
mereka tahu bahawa janji Allah tentang hari pembalasan itu adalah benar dan pasti akan datang.






 Di suatu perspektif melalui pandangan dan persekitaran yang berbeza dari negara kita yang semakin rancak dengan pembuangan bayi ialah negara Palestine. Di sana, hampir setiap hari permata dan generasi baru terbunuh diragut dari ibu yang selama ini cuba mempertahankan anak anak mereka. Anak anak mereka dibunuh dan dipisahkan dari ibu bapa mereka. Terdapat juga laporan yang mana anak anak muda palestine yang hanya berbekalkan batu batu kecil ditangkap dan ditahan oleh askar rejim zionis yang tidak berperikemanusiaan dan hilang tanpa khabar berita. Jika diri ini seorang adiwira, ingin cuba saya menghulurkan tangan memberikan pertolongan dan keadilan untuk mereka, dan titipan doa agar mereka tabah serta penderitaan saudara Islam kita disana berakhir... 






jadi ada perbezaan? sekadar renungan dan iktibar bersama.. salam ukhwah

Sunday, January 2, 2011

Pemberian Netbook percuma.. Relevan ke??



Pulang je ke kampung halaman semasa cuti semester yang lepas saya dapat merasakan beberapa perubahan yang berlaku dan sesungguhnya jauh mana pun kita merantau, kita akan pulang ke kampung halaman. Dapat meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan semasa cuti amatlah memberikan makna dan kenangan manis yang tersendiri..

Dalam pada itu, saya sudah mula melihat program pemberian netbook percuma kepada anak-anak kampung yang tidak berkemampuan telah mula menampakkan impaknya. Ingin saya jelaskan disini, bukanlah saya ingin menentang hasrat murni kerajaan dalam program seumpama ini yang tentunya menelan belanja jutaan ringgit, akan tetapi, perlunya pihak kementerian sendiri turun padang dan melihat akan keberkesanan program yang dijalankan.

Di sekolah yang terletak di kampung halaman saya boleh dikatakan hampir 80 peratus pelajarnya memperolehi netbook melalui program ini dan tentunya program ini mensasarkan satu keluarga satu netbook. Akan tetapi terdapat keluarga yang mana memeroleh netbook lebih dari satu. Mungkin perkara ini akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam pemberian netbook itu sendiri. Selain itu juga, terdapat pelajar yang menjual netbook yang diperolehi! dan keadaan ini agak memberikan kepincangan dalam sistem didalam program yang dijalankan ini. Dimana hak pelajar yang lebih memerlukan?.. Dan tentunya, apabila teknologi ini disalah guna kita akan dapat lihat pelajar akan lebih asyik menghadap netbook mereka untuk bermain permainan virtual, melayari laman sosial dan lebih parah mengunjungi laman web berunsur lucah. Saya melihat perkara ini perlunya kawalan dan sistem oleh pihak kementerian dengan menyekat penggunaan gajet berkenaan kepada perkara yang tidak memberikan sumbangan peratusan kepada pendidikan. Apalah hendak diharapkan kepada ibu bapa di kampung yang mungkin hanya sebilangan sahaja yang sedar dan celik IT. Justeru perlunya  pihak kementerian dan sekolah sendiri perlu melihat akan keberkesanan dan sejauh mana program pemberian netbook percuma ini memberikan ruang positif dalam membangunkan tahap pendidikan di negara kita. Jangan lah kita hanya seolah olah melepaskan batuk di tangga..

sekadar pandangan dan cetusan idea.. salam ukhwah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...