Sunday, December 19, 2010

Harga sebuah kasih sayang

Sedang saya cuba untuk melelapkan mata pada suatu tengahari yang terik, terdengar beberapa kali suara sayup2 memberi salam. Dengan rasa berat, saya menuju ke tingkap menjengah siapakah gerangan yang memberi salam itu. Dapat saya lihat dengan jelas susuk tubuh yang dimamah usia, seorang wanita dalam usia awal 60an dengan sebuah troli yang sarat dengan barang2.. "Dik, emak ada kat rumah? makcik ada jual kerepek, kain, dengan tikar ni.".. waktu itu memang emak saya tiada di rumah, jadi saya membuka pintu lalu mempelawa makcik tadi duduk berteduh sebentar di hadapan beranda rumah. Saya tidak dapat membayangkan bahawa wanita tua ini menolak troli yang sarat dengan bebanan pada waktu tengahari yang terik dari satu rumah ke satu rumah. timbul rasa kasihan yang teramat lalu dengan ikhlas saya membeli beberapa baranganya dan dengan senyuman yang manis makcik itu mengucapkan terima kasih lalu berlalu ke rumah sebelah. Waktu itu saya memandang wanita tua itu sehingga dia hilang dari pandangan dan tanpa sedar air mata mengalir tanpa dipaksa. senyuman manis yang dilemparkan wanita tadi seolah2 menyimpan seribu satu duka yang cuba disembunyikan. persoalan demi persoalan menerjah dalam diri saya. dimanakah anak2 nya? kenapa wanita tua ini terpaksa mencari rezeki dengan cara yang tidak sesuai dengan umurnya?... Waktu ini sepatutnya wanita tua ini sedang beristirehat di rumah dengan melayan karenah cucu2 nya. Namun, saya tinggalkan persoalan itu terawang tanpa jawapan.
Benarlah kata orang tua2 bahawa, seorang ibu boleh menjaga 9 orang anak, akan tetapi 9 orang anak belum tentunya mampu menjaga seorang ibu.. Rentetan dari peristiwa yang saya alami, saya ada terbaca sebuah lagi paparan masyarakat yang tidak menghargai kasih ibu dan bapa di sebuah akhbar tabloid ramadhan yang lalu, dimana ibu dan ayah yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam membesarkan anak telah dipinggirkan ke rumah orang2 tua. Dalam waktu hendak menjengah perayaan aidilfitri, si ibu dan ayah dikunjungi si anak yang telah lama meninggalkanya.. terlalu gembira hati kedua2 orang tua itu kerana menerima kunjungan anak yang telah meletakkan mereka di rumah terbabit. Mereka dengan linangan air mata tentunya mengharapkan si anak membawa mereka pulang untuk merayakan hari raya bersama2.. tapi apakan daya, dengan berbekalkan setin biskut, si anak memusnahkan harapan mereka. Tidak dapat sya bayangkan betapa hancurnya hati si ibu dan bapa, tiada lagi ungkapan mesra yang terukir di bibir anak yang selama ini ditatang sehingga ke menara gading. Si ibu melutut merayu dan melihat anaknya berlalu pergi tanpa sepatah kata kemaafan.. Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan seumpama begitu. Hati ibu tua itu dirobek2 dan mereka cuba menerima hakikat bahawa tempat itulah bakal mereka menghabiskan sisa hidup yang sepatutnya  dicurahkan sepenuh hati oleh anak mereka. Adakah pengorbanan ibu dan ayah hanya dapat dibayar dengan setin biskut?!.. hati saya begitu hiba mengenangka nasib kedua orang tua itu.. hanya doa agar terbuka pintu hati si anak dalam menrima kembali kedua ibu bapanya.. 




Ingatlah, selagi mereka ada, bahagiakan lah kedua ibu bapa kita. Jangan lah kita berasa ego. ungkapkanlah kata syang kepada mereka sebelum ibu bapa kita dijemput Ilahi.. Khas untuk kedua Ibu Bapa saya jua.. Saya sangat syangkan ayah dan emak !! terima kasih untuk segala galanya...

5 comments:

Anak Kampung said...

ko ni...tacing tol..sedey ak bace!!

~ shana ~ said...

i cried after i read this.. T_T

Anonymous said...

sedey ~~

Cik Ya said...

sdeh2 T_T

#iwrite said...

so touch...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...