Friday, December 24, 2010

Zahir tidak dapat menyatakan Batin

Selesai je mengemas barang dan pintu terakhir kedai tempat saya bekerja ditutup, saya terus mencapai kunci motor dan terus menghala ke cyber cafe sebelah untuk mencoretkan sdikit nukilan tauladan di blog ini. Takut2 juga di rumah nanti tak sempat nak buka laptop terus terlelap. huhu ^^

Bekerja sambilan di mini market sebagai cashier sememangnya agak mencabar kerana saya perlu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang kadang2 saya rasakan tak akan dapat diperolehi di tempat lain. Bermula seawal jam 2 tengahari saya akan memulakan kerja, dan sememangnya kerja sambilan ini amat menyeronokkan kerana saya akan dapat berkenalan dengan ramai orang dan seringkali pelanggan menyalah anggap saya sebagai anak "boss" dan tentunya berlaku proses tawar menawar yang mana saya sendiri tiada kuasa menurunkan harga barang sesuka hati. Ermm, macam xde kena mengena dengan tajuk kat atas kan?. Sebenarnya sepanjang saya bekerja di sana terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dan salah satu peristiwa yang baru berlaku minggu lepas ada kena mengena dengan tajuk di atas serta membuka mata saya bahawa di bumi Allah ini tiada yang mustahil dan tentunya Syaitan akan sebaik mungkin menjalankan tugas mereka untuk menyesatkan kita.

Kisah yang akan saya ceritakan ini tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. sekadar renungan dan iktibar bersama. Salah seorang pelanggan di tempat saya bekerja seringkali membeli barangan dan membayar secara berhemat. Gaya pertuturan yang sopan serta pemakaian yang menunjukkan ciri seorang yang beriman membuatkan saya hormat padanya. Tidak pernah terlepas senyuman dan salam apabila memasuki dan keluar dari membeli barangan. Dia merupakan salah seorang ahli kariah di Masjid yang berdekatan. Boleh dikatakan dia akan membeli barangan secara pukal hampir setiap hari kerana mengusahakan perniagaan makanan, dan sememangnya mini market tempat sya bekerja merupakan tumpuan bagi mereka yang berniaga restoran ataupun pengusaha makanan secara kecil kecilan. Pada suatu hari, setelah selesai dia membayar barangan yang dibeli dan berlalu pergi, datang pekerja di bahagian kaunter basah dan menyatakan adakah pakcik tadi sudah membayar harga ayam yang dibeli. saya menggelengkan kepala kerana setahu saya pakcik itu memang tidak pernah membeli barangan basah ataupun mentah. Mungkin dia lupa nak membayarnya getus hati saya. Keesokkan harinya dia membeli barangan lagi dan kali ini memang tiada barangan basah yang dibeli. setelah selesai membayar dia menuju ke kaunter belakang dan mengambil ayam dan apabila di tanya oleh pekerja di kaunter basah adakah dia sudah membayar harga ayam itu, dia mengatakan sudah. Saya terkedu dan tidak dapat berkata apa2 melainkan memanggil "boss" untuk campur tangan. Dan kebenaran pun terserlah. Hampir setiap kali pak cik tadi membeli barangan telah disertakan dengan ayam yang mana ia tidak dibayar sedangkan harga ayam yang dibeli pada setiap hari lebih kurang seratus ke dua ratus ringgit! bayangkan lah jika seminggu.. sya terdiam sebentar di tengah2 kekacau bilauan itu.. sungguh saya tak menyangka dan saya hairan mengapa dia lakukan perkara seumpama itu.. 

Jadi, bolehla saya simpulkan bahawa hendaklah kita berwaspada selalu, penampilan dan sikap yang ditunjukkan seseorang itu kadang2 tidak menggambarkan apa yang tersirat di hatinya. Tetapi janganlah kita bersangka buruk pula pada orang lain, anggaplah kita mengambil langkah berjaga2 bak kata orang buat baik itu berpada2 buat jahat janganlah sekali-kali.. sekadar renungan bersama.. salam ukhwah.. :)


2 comments:

~ shana ~ said...

moral of da story : jgn judge org dari appearance..

Hanif Ahmad said...

betul3 (upin ipin)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...