Sunday, January 2, 2011

Pemberian Netbook percuma.. Relevan ke??



Pulang je ke kampung halaman semasa cuti semester yang lepas saya dapat merasakan beberapa perubahan yang berlaku dan sesungguhnya jauh mana pun kita merantau, kita akan pulang ke kampung halaman. Dapat meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan semasa cuti amatlah memberikan makna dan kenangan manis yang tersendiri..

Dalam pada itu, saya sudah mula melihat program pemberian netbook percuma kepada anak-anak kampung yang tidak berkemampuan telah mula menampakkan impaknya. Ingin saya jelaskan disini, bukanlah saya ingin menentang hasrat murni kerajaan dalam program seumpama ini yang tentunya menelan belanja jutaan ringgit, akan tetapi, perlunya pihak kementerian sendiri turun padang dan melihat akan keberkesanan program yang dijalankan.

Di sekolah yang terletak di kampung halaman saya boleh dikatakan hampir 80 peratus pelajarnya memperolehi netbook melalui program ini dan tentunya program ini mensasarkan satu keluarga satu netbook. Akan tetapi terdapat keluarga yang mana memeroleh netbook lebih dari satu. Mungkin perkara ini akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam pemberian netbook itu sendiri. Selain itu juga, terdapat pelajar yang menjual netbook yang diperolehi! dan keadaan ini agak memberikan kepincangan dalam sistem didalam program yang dijalankan ini. Dimana hak pelajar yang lebih memerlukan?.. Dan tentunya, apabila teknologi ini disalah guna kita akan dapat lihat pelajar akan lebih asyik menghadap netbook mereka untuk bermain permainan virtual, melayari laman sosial dan lebih parah mengunjungi laman web berunsur lucah. Saya melihat perkara ini perlunya kawalan dan sistem oleh pihak kementerian dengan menyekat penggunaan gajet berkenaan kepada perkara yang tidak memberikan sumbangan peratusan kepada pendidikan. Apalah hendak diharapkan kepada ibu bapa di kampung yang mungkin hanya sebilangan sahaja yang sedar dan celik IT. Justeru perlunya  pihak kementerian dan sekolah sendiri perlu melihat akan keberkesanan dan sejauh mana program pemberian netbook percuma ini memberikan ruang positif dalam membangunkan tahap pendidikan di negara kita. Jangan lah kita hanya seolah olah melepaskan batuk di tangga..

sekadar pandangan dan cetusan idea.. salam ukhwah...

3 comments:

Anonymous said...

Eddie Malzafie Sahli: sepatutnya pemberian 'notebook' harus di berikan kepada mereka yang layak sahaja,,,,, tapi . . . . . .

Anonymous said...

Actually kerajaan bukan hanya memberi netbook itu sesuka hati..sebelum pemberian netbook itu dilakukan, semestinya kerajaan telah membuat penilaian impak s0sial terhadap program yang bakal dilakukan..sepatutnya anda perlu menulis dr sudut p0sitif dan negatif..barulah pembaca dapat menilai penulisan anda..

Hanif Ahmad said...

sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa usha murni krajaan dlam memartabatkan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan harus dipuji. akan tetapi, dalam jangka masa panjang adakah pelaksanaan dan pemantauan dilakukan oleh pihak sekolah dalam memastikan trek landasan itu berada pada matlamat dan objektif asal program ini? mengapa terdapat pemberian berlebihan dan adakah pelajar bebas membuat apa sahaja dengan pemberian netbook ini? ini menunjukkan terdapat kelemahan dalam program ini yang masih boleh diperbaiki oleh pihak kementerian berakar umbi melalui pentadbiran sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...